Kisah Cinta Sunsilk (Nostalgik 2008)

Aku membayangkan di ruang ini,

Ada dirimu berada di depan ku,

Melihat wajahmu yang berseni,

Sumber inspirasi hidup ku.

 

Hati aku tertanya-tanya,

Adakah diri mu sudah berpunya,

Tidak pula aku bertanya,

Kerana aku tidak punya upaya.

 

Sehingga tiba satu waktu yang kelam,

Aku tidak melihat diri mu lagi,

Rupa-rupanya kau pergi sebelum malam,

Dipinang orang yang lebih baik lagi.

 

Walau sedih namun apa daya diri ku ini,

Mahu menghalangmu berlalu pergi,

Aku cuma Sunsilk Hitam di rak ini,

Kau Sunsilk Merah Jambu dipetik si Ranggi.

 

10 jam berlalu aku masih kaku,

Ada soalan masih terbuku,

Eh eh, laki-laki juga suka shampoo Sunsilk Merah Jambu kah?

 

Huh? Huh? Huh?

Entah lah nak.
Posts created 10

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top