Kerana Korona

Oleh Hamba-Li

Dunia yang dahulunya selesa dan luas,
Kini dirasakan tidak selamat utk didiami,
Saban hari hati terasa sempit,
Seolah dunia ini semakin mengecil,
Seolah setiap ceruk mula menggelap,
Mulalah sepi menyinggah,
Seperti berjalan berseorangan,
Walaupun keliling orang masih ramai,

Jalan raya yang dahulunya sesak,
Kini lengang tiada sesakan,
Ibu kota yang dahulunya riuh seperti padang bola,
Kini diam menyepi seperti di pulau yang tak berpenghuni.

Seakan kisah di dalam pawagam,
Kisah yang bertemakan seram,
Durasinya bukan berjam2,
Tetapi ianya adalah realiti yang berjalan,
Wataknya tidak terbatas,
Bahkan melibatkan seluruh dunia,
Penyakit pandemik ini tidak memilih tuan,
Tua mahupun muda,
Pemimpin mahupun rakyat biasa,
Artis mahupun atlet sukan,
Kaya mahupun miskin,
Semua terlibat dengan pembikinan filem ini,
Kali ini kisah yang susah untuk diterima akal.

Kerana Korona ini bukan perkara biasa,
Belum tahu- menahu penawar yang sesungguhnya,
Turutan seolah bermain di fikiran,

“Infected”, “active”, “recovered”, “deaths”,
“Infected”, “active”, “recovered”, “deaths”,

Setiapkali berita menyinggah,
Mata tidak berkelip melihat,
Bermula dgn bilangan sepuluh,
Namun kadarnya meningkat lebih 10kali ganda,
Bukan bertahun, bukan berbulan, dan bukan berminggu,
Bahkan setiap hari,
Setiap hari angkanya mencecah lebih 100 orang,
Dan hari ni, mencatatkan lebih 200 orang.

Namun,
Dalam ramai2 yang terjangkit ini,
Ada sebilangan kecil yang ditunjangi dgn Rahmat Tuhan,
diberikan keizinan utk terus bernafas,
Peluang kedua yang pasti tidak mereka persiakan.

Ada sebilangan kecil juga,
berakhir perjalanannya di alam fana’ ini,
Sayu,
sayu melihat kematian yang tidak diuruskan dengan cara kebiasaan,
Sayu apabila orang yang tersayang,
Isteri dan anak2 hanya mampu melepaskan tangisan,
Sedih hanya mampu menitipkan doa dari jauh.
Walaupun terdetik utk memberikan khidmat,
Namun apakan daya keadaan tidak mengizinkan.

Buat yang masih bernafas,
Masih sihat wal-afiat,
Hargailah tiap detik dan saat,
Isilah ia dgn manfaat,
Kerana belum tentu lagi hari besok didakap,
Boleh jadi besok kita terjerat.

Semoga Allah menemukan jalan selamat,
Semoga Allah mengilhamkan solusi yang tepat,
Agar hambanya tidak putus harap,
Agar hambanya dipayungi belas dan Rahmat.

Posts created 3

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top