Kerana Kau

 

Kisah aku. Kisah hidup aku. Aku kira ia cukup unik kerana dalam satu hubungan aku dapat rasakan pelbagai emosi, perasaan dan bermacam lagi lah. Yang pastinya lain dari yang lain. Hanya sedikit coretan, selebihnya biarlah hanya aku dengan dia sahaja yang tahu. Kisah hidup yang banyak aku simpan kenangannya.

Hidup yang aku sendiri tidak pernah jangka. Tidak pernah rangka. Tapi ya. Mungkin salah aku. Salah aku kerana hanya ‘ikut flow’ tanpa aku lihat buruk baiknya. Banyak benda aku belajar dari kau. Ia datang dan pergi tanpa aku pinta. Namun jauh dari hati aku berterima kasih  untuk setiap satu kisah yang hadir. Kisah yang menjadikan aku sekarang. Kisah yang tak pernah dan tak mungkin aku lupa. Terima kasih atas segala peluang serta ruang untuk aku merasa setiap titis kasih sayang dari kau.

Walau pedih, sakit serta kecewa waktu melepaskan kau pergi namun semua itu bersebab. Sebab yang aku belum pasti alasannya. Mungkin hadir ku dalam diri mu hanya sementara. Mungkin kehadiran kau memetik hati ini hanya untuk seketika. Untuk aku hargai erti kehidupan yang sebenar.

Terima kasih sekali lagi atas sayang itu. Atas kebahagiaan itu. Walau seketika. Terima kasih sudi berikan aku sedikit ruang di hati mu. Mungkin kau baca mungkin juga tidak. Tapi luahan aku ni tetap satu. Manusia yang hargai segala kenangan yang pabila diingat kembali pasti ku kuntum kan senyuman.

Benar bukan ini yang ku harapkan. Bukan ini pengakhiran yang ku impikan. Benar ku masih sayang. Ku masih perlu. Tapi biarlah perasaan dibuai angin yang lalu. Kerana kau bukan milik ku lagi.

I do have plan but no courage
Posts created 2

2 thoughts on “Kerana Kau

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: