Kerana diam ku ada suara.

Diam ku ada suara.

Namun suara itu cuma aku saja yang dengar. Kerana suara itu terlalu hingar untuk dunia mendengar.

Terlalu bising sehingga ku takut gegendang mereka bakalan pecah berdarah mendengar teriakan ku.

Hampir tsunami jiwa ku karna hempasan suara yang tiada kan putus bersatu menjalar berkongsi ke tiap urat yang membekal udara.

Hampir bergempa berkecai berai dihancur lebur sistem minda ku mentafsir suara dari corong corong saraf.

Hampir hilang tenggelam dihempas badai logika ku ini karna suara yang sabung menyabung di kaki langit beradu kekuatan bersama kilat yang maha mega.

Kerana diam ku ada suara.

Maka ku mohon hormati ketika aku memilih untuk diam kerana aku sedang kuat berteriak berdiskusi di dalam semesta ku.

Posts created 5

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top