Kecelaruan dan pengalaman aku.

Mulut tutup diam,
Kerana mereka tidak faham,
tak semua orang boleh hadam
kebenaran makan dalam.

Mereka kata aku gila,
Aku kata mereka buta.
Ya, kini aku gila
dan aku pernah buta,
melihat diriku lama
yang pada kebanyakkan mereka
kini yang buta.

Aku skizofrenik
banyak celaru identiti
dan aku punya hati
untuk lenyapkan diri
kerana aku tidak mahu abdi
menjadi hamba untuk bumi.

Tiada manusia bantu aku
untuk aku tetap aku.
Tiada manusia memahami aku,
sebagai mana cermin memahami aku.

Aku lihat banyak yang tertawa
banyak kata-kata manis mengalahkan gula
sehingga hati tidak lagi berhati-hati
sehingga timbulnya duka menjadi luka.

Belajarlah dari sakit,
agar kesilapan makin sikit.
Kebenaran itu walaupun sikit,
sudah cukup membuat fikiran itu bangkit.

Aku tak tahu nak kata apa dah...
Posts created 5

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: