Kebodohanku

Malam ini sunyi

Tidak seperti selalu

Aku menanti notifikasi darimu

Notifikasi muncul

Tetapi hal yang kita bincangkan adalah tentang kebodohanku

 

Salah aku kerana mengecewakanmu

Salah aku kerana tidak berfikir panjang

Aku bodoh, aku tahu

Aku tak layak dicintai

 

Namun apa yang ku tahu

Aku amat menyayangimu

Aku takkan pernah mampu menjalani kehidupan ini

Tanpa engkau di sisiku

 

Kesal

Aku akan kesal jika kau melangkah pergi

Engkau insan yang istimewa di hidupku

Biarlah datang seribu lelaki lain

Percayalah, tidak akan ada yang sepertimu

 

Maaf aku titipkan atas kebodohanku yang ini

Aku harap kau mampu memaafkan aku

Sungguh hidupku menjadi berbeza bila kau hadir

Sinarnya sentiasa terpancar bila kau ada

 

Engkau adalah kekasihku

Tiada yang lain selayaknya di tempatmu.

AA.1224.21042020.akumahuengkauselamanya.

I don't know anything about writing
Posts created 33

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top