kata

tiada kata dalam kamus dewan bahasa
untuk mengungkapkan rasa
yang terbit di dalam jiwa

dikelilingi begitu ramai manusia
dalam dunia yang begitu mengejar segala
mengajar aku bahawa
tidak semestinya
materi itu berharga

aku yang cuma ingin merasa
bebas menghirup udara
yang tidak menyesakkan dada
namun aku jua
mengerti bahawa

tidak akan ada kata
yang dapat mengungkapkan rasa
yang terbit di dalam jiwa.

Penulis

friedchickenonigiri
yknow your heart tengah rabak when you're here.I'm talking about myself,of course.
Latest posts

Leave a Reply