Kata pujangga untuk puaka

Ku khususkan penulisanku buat kamu yang celaka,

Orang yang bermuka-muka,

Tidak boleh dipercaya.

Penulisanku kau jaja-jaja,

Rata sepelosok dunia,

Lawak gamaknya,

Meluah perasaan dengan kata pujangga.

 

“Kau tak boleh menyimpan rasa”

“Kami ini keturunan dewa”

“Punya certificate mulut puaka”

“Manusia terhebat seantero dunia”

“Kau siapa tak sedar rupa?”

 

Ya aku sedar aku siapa,

belum layak untuk kau puja,

tak akan mungkin kita setara,

terpisah oleh kasta dunia

darjat ciptaan manusia durjana.

 

 

 

 

Posts created 88

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top