Jika Kau Mahu

Jika mampu,

Pakaian mu mahu ku cuci.

Ku sterika malam hari,

Supaya tak telat esok pagi.

Jika kau mahu,

Pulang kerja sahaja kau ku hidangkan kopi.

Jika lapar, aku masakkan kau nasi.

Pinggan mangkuk jangan risau,

akan aku cuci.

Kau akan ku suruh goyang kaki.

Yang aku mahu,

Kau bimbing aku ke jalan yang lurus.

Sayangi aku dengan tulus.

Jaga aku terus-menerus.

Tak kan lagi kau makan nasi bungkus.

 

-Ras Kassim-

Posts created 90

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top