Jatuh.

/“perasaan orang kita jangan paksa dan jangan mengalah selagi boleh, seandainya tiada peluang baru kau berhenti”

 

Marah dan kecewa. Namun aku sendiri yang memilih jalan ini. Jalan yang penuh duri yang sendirinya tahu perit. Setelah berbulan aku mencuba akhirnya dia hilang. Jiwa itu pergi bersama yang lain. Kali ini aku mula percaya yang manusia itu tidak menilai pada pengorbanan, mereka menilai lebih kepada kesilapan. 1000 kebaikan yang kau buat, 1 kesilapan yang dia ingat.

 

Rebah jiwa aku dalam mencari. Mencari kawan, mencari teman agar hati ini dipulihkan. Jauh aku menghilang akhirnya aku boleh kembali. Kembali kepada realiti bahawa tiada lagi ruang di jiwanya. Aku penuhkan masa aku untuk merapatinya kembali, mungkin pada orang lain ianya sia-sia. Tapi pada aku, kalau tidak aku cuba, mungkin aku lebih kecewa.

 

Tapi, jawapan itu berakhir dengan kekecewaan. Ingin sekali aku marah, aku tempik, tapi apa penghujungnya? Merayu pada hati sendiri supaya pulih. Jiwa ini kembali menangis.

 

“Cintailah jiwa baru itu dengan sepenuh ragamu. Jangan berikan lagi janji yang kau tak mampu. Tataplah wajahnya penuh rasa. Penuhilah harinya dengan senyuman.”

 

29/3

t.i.m

Warna hitam di atas kanvas bersama titik merah di penjurunya.
Posts created 9

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top