Janji?

Sebatang rokok murah dinyalakan dengan lighter Cricket yang dibeli di kedai runcit sebentar tadi. Kedai runcit 24 jam berdekatan pangsapuri yang dia sewa tu dah macam tempat yang wajib disinggah setiap hari, tak kira waktu. Dah kenal sangat pun dengan Uncle yang sering jaga mesin juruwang tu. Selalu dia borong berbotol air mineral yang berharga RM1 satu, sebab tipikal la, student life. Rasa sedap tak sedap belakang kira. Ada hari asyuk sikit, beli Spritzer, sama jajan, buat peneman dikala waktu malam sambil menyiapkan assignment dan projek.

Tapi hari itu sedikit berbeza. Dia minta sebatang lighter waktu di kaunter, serta sekotak rokok. Yang tetap sama tak berubah hanya la air mineral, masih RM1, dan roti Gardenia sambal ikan bilis; kegemarannya sejak dari zaman persekolahan. Kasi penyek dulu betul betul, baru makan. Complete. Nikmat. Puas.

“Haiyo. Smoke ka adik? Tak elok la you smoke aiyo.”

Dia sengih aje dekat Uncle tu, kelihatan jelas giginya tersusun rapi. Tak ada ambil hati langsung. Dia faham lelaki tersebut berniat baik menegur. Lelaki tersebut menghulur sebatang lighter. Pink. Dia geleng kepala, tanda tak mahu. Uncle tu mengangkat kening, pelik.

“Hijau tu la, Uncle. Nampak cantik. Thanks.”

Dengan lighter pun masih memilih warna, tolong jangan warna pink. Bukan sebab dia seorang misoginis, dimana warna pink tu sering disinonimkan dengan warna yang terlalu feminin, tapi entah. Selagi boleh lain, lain la. Kalini hijau, walaupun hijau pun salah satu warna yang agak kurang digemari, tapi tu mood hari itu.

Lelaki berusia tersebut tertawa kecil. Diturutkan saja apa yang dipinta.

Asap rokok dihembuskan ke udara. Angin meniup ke arah selatan, rasanya. Penelitian kecil ini semua akibat daripada tabiat site visit kelas Design, lumrah pelajar Arkitektur yang sedang sengsara. Tambah pula site untuk semester kali ini di kampus sendiri je. Mengeluh panjang. Letih rasa, tambah pula dengan dirinya yang sering membandingkan kebolehan diri dengan rakan-rakan yang lain. 

Cuaca agak hangat, berkemungkinan akan hujan sebentar nanti. Cuaca kebiasaan di tempat yang dah dia diami selama 3 tahun tu, tak pernah boleh dijangka. Kalau diteliti, sama saja seperti manusia, bukan? Manusia dan perasaan mereka yang sering berbolak balik, tiada kepastian, tiada jangkaan bagaimana seseorang akan rasa pada waktu itu dan waktu lainnya, waktu sekarang dan pada masa hadapan. No guarantee. Jangan berharap, jangan berjanji.

Santai, dia berehat saja di anak tangga tingkat 4 itu, dengan pemandangan kereta lalu lalang, masing-masing ke destinasi dan tujuan sendiri, dan pembinaan LRT yang mungkin bakal siap dalam 2 tahun lagi. Tak lama lagi memang benar la negara ni akan jadi belantara konkrit sepenuhnya, dengan hasil pembinaan bangunan di semua ceruk seluruh negara ni. Save the environment? The climate? Jangan buat aku ketawa. Selagi semua, lagi lagi yang lebih berkuasa dari rakyat biasa, masih tak mahu bekerjasama untuk berusaha, jangan buat aku ketawa, monolog dalam hati.

Pejam mata, dia cuba tenangkan diri, mengharapkan pemandangan yang dilihat dari tangga yang sedang diduduki itu sebenarnya kelihatan seperti gunung ganang atau pun Aurora Australis di bahagian Pulau Selatan New Zealand. Ataupun Santorini, Greece. 

Ah. 

Tak mungkin, imaginasi ini kelihatan terlalu indah, tiada langsung rasanya seperti secebis realiti dirinya yang pahit. Dibuka semula kedua kelopak matanya, dan dihembus lagi asap rokoknya yang sudah mula terbakar sehingga setengah. Terlalu banyak perkara yang bermain difikiran. Dia ambil jalan untuk tidak terlalu kerap biar suara suara kecil dalam kepalanya mengganggu dia, seperti dulu. Dia masih mencuba sebenarnya. Tapi waktu waktu begini, dimana dia keseorangan, ditemani hanya dengan sebatang cancer-catalyst ni, secara tiba-tiba saja fikirannya mula menjunam ke lembah kegelapan dalam mindanya.

Dipejamkan semula mata, yang terlihat hanya la kisah kisah silam yang sepertinya dimainkan dalam bentuk tape lama. Tak nak, tak nak ingat apa apa, sesiapa dah. Sakit, perit. Gelap. Tolong, tolon–

“Apahal berkerut sangat muka tu?”

Tersentak, cahaya matahari kembali menerangi pandangannya dari kegelapan sebentar tadi. Nafasnya yang tanpa sedar ditahan, dihembus perlahan. Tangannya mencapai kotak rokok, dan menghulur sebatang ke manusia yang baru saja tiba, dan duduk disebelahnya. Manusia tersebut memandangnya pelik dengan apa yang sedang dihulurnya, tapi dia capai saja. Dia sendiri turut menyalakan lagi sebatang. 

Hari ini agak terasa palat. Satu janji dia nak mula berhenti merokok juga sudah lesap, habis ditiup angin, sama saja seperti asap yang dihembusnya. 

“Lama dah kau ada sini? Takda kelas?”

Pandangan dari pemandangan dihadapan, dialihkan kepada penyoal tersebut, yang sedang leka bermain dengan lighter berwarna hijau ditangannya. Mukanya kelihatan tenang sentiasa. Kadang dia tertanya bagaimana dia boleh kekal tenang begitu meskipun dilanda masalah, kecil atau besar. Dia sejujurnya kagum.

“Boleh la lama. Ada je. Sekarang tutorial, aku malas tunggu ramai kat kelas, bising. Kau? Bikin apa sini?”

“Aik? Tak boleh dah lepak sini?”

Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Dia hanya pandang manusia tersebut, dikecilkan matanya, malas mahu layan soalan tu.

Tersenyum kecil. “Saja”, jawabnya. 

Ringkas jawapannya. Dianggukkan saja. Suasana kembali hening. Yang kedengaran di telinga mereka berdua hanya pencemaran bunyi enjin kereta dan pembinaan, burung berkicauan, dan gelak tawa sesetengah pelajar lain di kampus tersebut.

“Aku tahu kau selalu ada sini.”

Mata beralih semula memandang manusia di sebelahnya. 

“Cuma bezanya harini, kau tak macam selalu. Kau masuk ‘situ’ balik ye?”

Lalu, pandangannya ditundukkan pula kali ini. Pening. Terlalu banyak nak difikirkan. 

“Bukan kau dah janji tak nak jadi macam dulu dah?” 

Ah. Dia masih ingat janji tu. Aku sendiri hampir lupa. Diam seribu bahasa, tanpa ada kata. Hanya mampu terdiam, biarkan saja waktu dan ruang pada waktu itu diisi dengan kesenyapan.

“Ni lagi. Apa ni? Mana janji?”

Tanpa perlu angkat muka pun dia dah tahu apa yang dimaksudkan oleh penyoal tersebut. Rokok. Rokok ditangan mereka berdua itu yang dimaksudkan.

Ah… Pening.

Pening.

Pening.

Dia hanya mampu menggeleng kepala perlahan, masih tertunduk. Dibiarkan sahaja rokok ditangan terbakar, abu tanpa terusik. Janji manusia ni seringkali dimungkari, dimana dia pun dah terikut sama dengan satu perangai manusia yang dia memang benci. Tak pernah nak tunai, tepati janji.

Dia melepaskan ketawa kecil. Breaking the brief moment of silence. Pasal apa dia sendiri tak pasti. Mungkin untuk kebodohan dirinya sendiri, dan mungkin kerna dia sendiri dah jadi seperti apa yang di tak mahu jadi. 

“Ye. Aku rasa aku dah termasuk balik ‘situ’…”

Dia kembali diam. Cuba susun ayat, meskipun gagal dengan jayanya. 

Manusia disebelahnya tu kenal sangat satu pe’el dia ni, tahu sangat apa yang nak diucapnya tak habis lagi, tergantung separuh seperti selalu. Dia hanya meneliti sebentar riak muka kawannya yang tertunduk itu dari sisi kirinya, dan sabar menunggu. Mana tahu jika ada yang ingin diucapkan lagi, mungkin kalini tak seperti selalu dimana isi hatinya hanya dapat didengari separuh saja. Dia pilih untuk diam, tanpa menyoal, menidakkan atau mengiyakan apa apa.

“Dan kalini, aku rasa aku tak boleh nak keluar dah dari ‘situ’. Aku rasa terperangkap…”, mukanya diangkat semula, dan mata beralih pandang ke manusia disebelahnya tepat ke arah mata. 

Transparent, yang terpaling jujur, tiada barrier dah. 

“…That not even you can help me get out of this deep void of darkness this time.

Maaf, janji kalini tercapati.

Posts created 2

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top