Jangan suruh aku percaya takdir begitu sahaja! beri aku masa untuk melihat hikmahnya!

Percaya takdir, bukan percaya membuta,
tetapi perlu akal untuk digerakkan terbuka,
mencari hakiki bukan begitu mudah,
kalau ujian tidak memaksa kita sembah ke bumi untuk Sang Gagah.
Percaya takdir bukanlah mudah,
tetapi perlu bekalan ilmu, kefahaman ilham yang benar
bebas dari illusi dan delusi yang nampaknya ramah,
tetapi memakan diri, dicampur fitnah dan tomah.

Leave a Reply