I think shes not okay

Hati Nia remuk setelah mengetahui tentang hal itu dari mulut si dia. Nia hanya mampu terduduk dan memikirkan hal-hal yang bakal terjadi selepas ini. Ada sebuah ketakutan dan bebanan yang datang memeluk Nia dengan erat sehingga Nia tidak dapat bernafas. Aiman yang sedang memerhati Nia, mendekati Nia dengan perlahan. “Nia, are you okay? What’s wrong? Siapa call you tadi?” Suara Aiman mengejutkan Nia. Nia memandang Aiman dengan pandangan yang kosong. “I am okay. Nothing…. It’s nothing. I got to go.” Nia menjawab dengan perlahan dan terus meluru keluar dari bangunan.

Hari ini Nia tidak menaiki bas untuk pulang ke rumah. Dia berjalan, berjalan, dan berjalan tanpa henti. Hujan renyai tidak dipedulikan olehnya. Dia cuma mahu cebisan ketenangan. Telefon Nia berbunyi dan dia menerima mesej dari si dia “Nanti Nia tolong pujukkan okay? Cakap kat diorang Nia tak marah pun.” Nia tidak membalas mesej itu.

Nia tiba di rumah. Kosong. Dia terus masuk ke dalam bilik. Dikunci pintunya. Nia baring di atas katil, memandang siling dengan perasaan kosong. Dan perlahan-lahan, semuanya datang dengan serentak. Nia tenggelam dalam kesedihannya dan dia mula menangis teresak-esak. ‘Ini lebih sakit daripada putus cinta.’ Kata Nia perlahan. Dia menumbuk dadanya dua tiga kali.

Telefon berdering. Nia tersentak. Nia menyapu air mata dan hingusnya. Dia menjawab panggilan itu.

“Nia, Nia dah tahu ke?” tanya si dia.

“Ha, Nia dah tahu. Tadi.”

“So, macam mana?”

“Macam mana apa?” Tanya Nia.

“Ye lah, nak pilih side mana? Nia okay ke tak lepas tahu ni?”

“Tak pilih mana-mana. Okay je. Hmm. Nia nak mandi ni. Bye.”

“Okay. Bye.”

Posts created 1

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top