Hala tuju

Taatkala sejak di bangku sekolah, dimana ramai masih terbuai mimpi indahnya hidup remaja,

Aku keluar, keluar mencari rezeki ku sendiri, kerana orang tua ku tak berada seperti kalian, di mana sekarang aku diherdik kalian setelah aku tamat pengajian kerana aku masih tercari-cari hala tuju.

Dikatakan kalian yang aku ini memilih, hidup hanya di dalam kotak, hanya mahu yang satu walhal masih ada beribu. Aku ingatkan kalian lah sahabat yang dapat merawatku, rupa-rupanya makin bertambah parah lukaku.

Aku bukan hanya sekadar di kedai kopi sambil membakar rokok guna pemetik api berbual pasal kebesaran Dia,

Aku keluar, keluar mencari erti kehidupan, keluar mencari siapa aku, keluar mencari siapa Dia hingga saat ini aku terasa seperti hilang akal memikirkan kemana hala tuju.

Satu hari, dua hari, tiga hari, hingga pernah satu ketika aku sudah bersedia untuk tiga bulan tetapi di masa itu aku tidak diizinkan lagi.

Aku sakit, semakin sakit, setiap hari semakin parah, aku menjadi mudah marah, aku keliru, hari hari kian haru biru, tolong aku.

I'm a creep.
Posts created 6

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: