hadiah

Hari jumaat itu hadiah,

dan orang-orang lebih banyak tersenyum apabila Jumaat menjelang,
mungkin kerana sudah tiba hari masa untuk menghilang,
rehat dari sebuah minggu mengerah belulang (buat sesetengahnya),
atau kerana hati-hati lebih penuh setelah banyak doa yang dikarang,
dari pagi hingga petang,
atau kerana nabi dan tuhan lebih dikenang,
atau kerana ada rezeki yang datang melayang,
atau kerana tangan lebih ringan menghulur,
atau al-Kahfi paling tidak diselak bukan dielak,
atau Tuhan yang Maha Baik telah menghadiahkan kita dengan tenang,

kerana kita hanya cuba menjadi manusia yang baik dan lebih rasa bertuhan pada setiap Jumaat.

Jumaat itu hadiah, merugilah mereka yang tak endah.
Jumaat itu hadiah, merugilah kita yang tak kisah.

 

f.h

 

Posts created 51

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top