H.A.C.K.S acah

“Kadang, tak semua cinta itu buta. Tapi majoritinya, iya.”

 

 
Pernah sekali bila mana aku toleh muka ke kiri, dan kanan dan ke kiri kembali aku lupa yang itu sebenar cara sebenar nak lintas jalan. Benda asas, tapi sebab hidup terlampau kompleks dengan perkara yang aku cuba rumitkan, maka perkara yang basic ini aku mula anggap sebagai satu beban.

 
Macam cinta.

 

 
Asas percintaan ini mudah, kau perlu seorang lelaki dan seorang wanita untuk bina sebuah masjid ataupun kau boleh gelar macam ‘pre achitectural course’ sebab nak pastikan kukuh itu agak payah. Kompleks. Ya, kalau diukur dari segi asas sahaja, semua orang boleh dapat cinta. Dapat rasa apa itu cinta kalau hanya berdasarkan konsep asas di mana kau hanya perlukan dua orang yang berlainan jantina.

 

 
Masalahnya?

 

 
Dua orang yang berlainan jantina itu akan membawa maksud pertembungan revolusi dan carta aliran kehidupan yang lebih rumit dari solusi penyelesaian zaman renesaince sebab black and white kata lelaki itu simple dan perempuan itu vice versa nya. Untuk menambahkan lagi kerumitan jiwa yang sedia ada, bila perbezaan pendapat yang lebih extreme daripada debat perdana mengalahkan debat debat lain yang pernah ada wujud di muka dunia.

 

 
Payah.

 

 
Jadi, sampai satu tahap yang lebih dikenali sebagain zaman sekarang di mana perkataan perkataan pelik seperti relationship goals mula dipasarkan untuk mereka mereka yang sunyi tapi berimaginasi mencari cinta ataupun menakluki satu; rupanya antara punca sifat sahsiah diri tak mencukupi. Pertama, terlampau banyak membaca novel cinta yang agenda kebanyakkanya cliche yakni cuba mempromosikan cinta yang bukan berdasarkan realiti. Kedua, terlampau bermain Twitter ataupun ghairah menaip di setiap sudut sosial media yang ada. Ketiga, desperate.

 

 
Aku?

 

 
Kau semua boleh simpul aku sebagai satu tali yang bukan penghubung kepada apa apa jenis perhubungan, tapi aku adalah tali yang digunakan saat saat kecemasan lebih lebih lagi tatkala –
“Jad – Cinta itu buta Jad.”

 

 
Tatkala kawan kawan aku putus cinta.

 

 

 

 
“Mana?” Lambat lambat pinggul si montok itu berjalan, digoyang sikit ke kiri, sekejap ke kanan sebelum si sepet berkaca mata itu mencelah masuk ke barisan depan utuk membeli makanan.

 

 
“Apa kau? Belikan aku roti sardin satu, tak nak dal tapi nak kuah dia.” Si sepet itu sekali lagi memancarkan muka berskala ketat tersangkut mungkin mungkin di ketebalan tiga lantas laju laju membuat pesanan di kaunter.

 

 
“Kau ini kan Jad, payah aku nak cakap. Suruh orang gemuk macam aku juga yang order makanan. Kau? Kau ingat kau raja firaun?” Yang namanya Jad itu hanya tersenyum kambing sambil tangan mengetuk meja saja melakukan pencemaran bunyi secara tidak dirancang.

 

 
“Kau kan kawan aku, apa salahnya kawan tolong kawan Yen oi –

 

 

 
Si sepet mendengus perlahan, cuba memprotes dicelah mamak si penghantar makanan. Jari montel digenggam gumpal menujukkan buku lima yang sangat perit kalau dihayun ke muka, Jad masih tersenyum.

 

 
“Ingat kacak ka kau senyum senyum?” Masih lagi dia tersenyum, susunan gigi terlampau rapi kesan braces dua tahun melekat di gigi nampaknya membawa hasil.

 

 
“Tak ada lah sekacak mana, tapi aku rasa kalau aku masuk hero Malaya, potensi untuk menang itu ada lah dalam tiga puluh tujuh perpuluhan satu kosong satu peratus kau tahu.” Yen cepat cepat mebaling sudu plastik buatan China di kepala si narcissit manusia di hadapannya.

 

 
“Makanlah, sekejap lagi aku nak ke tempat Adam. Kata Seng, dia dah dua hari tidak keluar bilik.” Oh Adam, yang baru putus cinta.

 

 
“Kau nak pergi pun aku yang hantar Yen. Lambat lambat pun tak apa.”

 

 
“Kau ini kan –

 

 
Kadang, dalam persahabatan, walaupun antara lelaki, kau masih akan jdi sappy. Sebab apa gunanya kawan kalau tak ada untuk satu sama lain.

 

 

 

 
Kalau yang namanya nak mencari cinta itu memang senang, dah putus itu yang perit. Sementelaah aku menghabiskan sisa baki roti canai dalam pinggan clichewarna oren, anak mata meliar liar melihat keadaan sekeliling. Sahabatku Adam baru saja cedera parah dalam peperangan melawan cinta. Layar nakhoda yang cuba dibina selama tiga tahun tenggelam dilanggar ikan paus tatkala rancak menerokai perjalanan dunia baru. Mungkin bukan salah tuan empunya bada, mungkin juga bukan salah sesiapa.

 

 

 
“Yen, kau termenung sampai nak tercabut janggut mamak tu dibuatnya. Tajam renungan macam ada makna saja.” Dia diam menggeleng. “Kau risau pasal Adam? Pasal dia tak keluar bilik?”

 

 

 
“Bukanlah, aku mana ada position nak bising bising walhal berrbuih dah mulut ini suruh dia berfikir sebelum buat any decision. Degil.” Jad mengangguk laju. Dia juga mengerti betapa penatnya mereke serumah, (termasuk Seng walaupun manusia itu hanya menggunakan astana mereka sebagai tempat khas untuk beradu sahaja).

 

 

 
“Kita ini nak cakap banyak pun bukan dia nak dengar. Aku bukan setakat berbuih yen, lemak aku ini lepas nasihat dia hilang dua gram. Cuba kau bayangkan!” Pantas Yes membaling gumpalan tisu sebelum tergelak besar.

 

 

 
“Ada ada saja lah kau ini. Aku bukan apa, kita lagi sikit nak habis study. Ini pun, lagi sikit juga dah nak finals, aku tak nak dia bercelaru sahaja.”

 

 
“Aku faham Yen. Tapi kau kena ingat. Hati kita, realiti kita; bukan mudah nak ubah. Kita bukan air nak mengalir sepanjang masa untuk lekukkan batu. Kita manusia, bergerak dan punya kehidupan. Sampai masa kena la jadi matang, fikir macam orang dewasa.”

Terus terbatok batok
Posts created 3

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top