Gelang Jade

“Kau pasti ke ni kak? Aku takut lah nanti tak menjadi pulak.” kerisauan Lily terlihat sehingga peluhnya menitik tidak berhenti henti.

 

“Yaa, aku pasti punya kali ni akan menjadi. Dekat dua tahun kita berlatih tau Lily. Kau cuba yakin sikit.” 

 

“Iya lah kak. Aku takut je. Benda kita buat ni bukannya betul dan aku tak rasa lah orang lain pun ada kelebihan macam kita ni.” Lily menambah.

 

“Dik, kelebihan yang ada ni lah kita kena guna untuk balas balik apa yang orang dah buat dekat kita. Kau kena ingat tu.” Sarah mula untuk memarahi Lily lantas Lily menunduk. 

 

Dia teringat kejadian 7 tahun lepas semasa sedang menyambut majlis kelahiran mereka yang ke 12 tahun. Keluarga dan mama, papa mereka dibunuh dengan kejam oleh rakan baik papanya sendiri. 

 

Kejadian itu membuatkan mereka trauma yang teruk sehingga terpaksa ditahan di hospital selama 5 tahun sebelum dibebaskan. 

 

***

 

“Happy Birthday to you”

“Happy Birthday to you”

“Happy Birthday to Lily and Sarahhh”

“Happy Birthday to youuu”

 

Semua tetamu dan ahli keluarga menyanyikan lagu ulang tahun untuk mereka. Keterujaan terserlah di muka dua kembar itu. Mereka pun meniup lilin lilin diatas kek Baskin Robbins sebelum bersorak gembira. 

 

“Happy 12th Birthday sayang mama. Jangan sedih sedih lagi tau. Mama dengan papa dah tunaikan janji nak buat birthday party Lily dengan Sarah kan.” mama memeluk dua anak kembarnya. 

 

“Thank you mamaaa. Boleh tak kalau Lily nak tiap tiap tahun macam ni?”

 

“Ya lah mama. Sarah pun nak jugak, buat setiiiaappp tahun lepastu kita ajak lagi ramai orang datang.” Sarah menambah dengan teruja. 

 

“Kalau papa tak sibuk boleh lah kita buat lagi tapi mama tak janji tau. Kakak dengan adik faham kan?”

 

“Okay mama terima kasih tau untuk harini.” 

 

“Kakak dengan adik kan anak ma-“

 

“Eh mama, papa mana ya?” sambung Sarah Tidak sempat mamanya menghabiskan kata kata.

 

“Papa sekejap lagi datang bawak hadiah besar untuk kakak dengan adik.” kata mama. 

 

“Ha tu pun papa dah sampai” Sarah menunjuk ke arah pintu. 

 

Papanya membawa dua patung besar yang telah diidamkan oleh mereka berdua bersama dua beg kertas berisi hadiah.

 

Mereka berdua terus berlari dan memeluk papa mereka. “Selamat Hari Lahir sayang. Papa minta maaf lambat datang jumpa adik dengan kakak. Jalan jammed tadi.”

 

“Takpe lah papa. Kan papa dah datang ni Sarah sayang papa sangat sangat!” Sarah memeluk papa dengan erat. “Lily pun sayang papa!” jerit Lily.

 

“BAMMMM” pintu rumah mereka ditolak dengan kuat. Semua tetamu dan ahli keluarga tercengang. 

 

Terdapat 7 orang asing memakai topeng memegang pistol dan senjata tajam. Mereka masuk seorang demi seorang ke dalam rumah. 

 

Mereka berdiri membentuk huruf V. Dihadapan sekali barangkali adalah ketua mereka kerana dia seorang saja yang memakai topeng berwarna putih dan yang lainnya berwarna hitam. 

 

“Semua buat ikut plan. GERAK!” secara tiba tiba semua anak buahnya mengeluarkan pistol lalu menembak rawak semua orang yang ada di majlis itu. 

 

Papa terus menarik dua anak kembar dan isterinya ke dapur. Malang sekali dia terkena tembakan di bahunya. 

 

Lily dan Sarah menangis ketakutan. Mama pula cuba untuk menenangkan mereka namun tidak berhasil. Tangisan mereka semakin kuat. Rumah itu semakin bising dengan bunyi tembakan dan jeritan di sana sini. Semuanya menjadi kucar kacir. 

 

Disebabkan rumah mereka terletak agak dalam di suatu kawasan pedalaman. Orang luar tidak dapat mendengar apa yang terjadi di rumah tersebut. Rumah banglo mereka kini dipenuhi darah orang yang tidak bersalah. Keluarga mereka semuanya dalam keadaan nyawa nyawa ikan dan akhirnya mati. 

 

“Masuk sini cepat!!” papa menyuruh anak dan isterinya masuk ke satu pintu kecil yang ditutup kemas. Kotak serhana besar segera dikeluarkan dari satu almari dan di dalam kotak itu terdapat dua gelang jade.

 

“Adik, kakak pakai gelang ni.” sambil menahan sakit papa memberi. Mama pun membantu anaknya memakai gelang itu.

 

“BOMMM” satu bom grenade dibaling. Papa dan mama semakin panik. 

 

“Cepat keluar, kita lari dari sini”

 

Mereka cuba untuk keluar melalui pintu belakang tetapi malang sekali ada dua orang jahat sedang mencari mereka di belakang rumah. 

 

“Awak bawak diorang lari dari sini biarkan saya lawan diorang. Cepatt!!” 

 

“Tapi…” 

 

Papa menolak mama untuk pergi masuk ke dalam hutan belakang rumah mereka. Tetapi, mama telah pun terkena tembakan di bahu dan berdekatan jantungnya sebelum sempat dia pergi. Namun, digagahi jua dirinya untuk berlari membawa dua puteri kesayangan. 

 

Papa memandang mereka berdua tadi. 

 

“Apa kau nak haa?!”

 

Dengan tiba tiba dia terasa tusukan pisau dari belakang. Dua orang jahat tadi kini datang semakin dekat dan menikam papa Lily dan Sarah berkali kali tanpa belas kasihan. Papa mula terduduk menahan kesakitan. Dia cuba untuk memandang mereka tetapi mereka terus menembak kepala papa mereka yang malang. 

 

“BANG!” Papanya terkulai. 

 

“Mama… bunyi apa tu.” Sarah bertanya sambil mengelap air mata. 

 

“Kakak dengan adik dengar sini mama nak cakap.” dengan mengah mama teruskan juga kata kata akhirnya. “Gelang tu… ada satu kuasa boleh apung kan barang. Sembunyikan rahsia ni dan jangan bagitahu sesiapa pun”

 

“Sarah tak faham lah mama.”

 

“Takpe Sarah, Lily akan ada satu masa nanti… kalian tahu cara nak pakai kuasa ni. Jaga elok elok ge-” mama pun menghembuskan nafas akhir. 

 

Lily dan Sarah menangis kuat dan memeluk mama mereka. Betapa mereka pening dengan perkara yang baru saja terjadi tetapi dalam hati si kakak, dia nekad untuk mencari punca perkara ini terjadi. Suatu hari nanti, nasib mama, papa dan keluarganya akan dibela. 

 

***

 

Setelah 5 tahun berada di hospital akhirnya mereka dibebaskan keluar. Waktu ini lah mereka mula mencari cara menggunakan gelang jade berharga itu. Kakaknya telah mendapat info bahawa orang orang jahat yang telah membunuh keluarganya ada lah rakan business papanya yang dengki terhadap mereka. 

 

Dendamnya semakin membuak buak. Lily walaupun berhati lembut tetapi kakaknya sering mengingatkan tentang kejadian lalu supaya membela nasib mama, papa mereka yang dibunuh dengan kejam pada hari bahagia mereka. 

 

***

 

“Dik, kau dah sedia?”

 

“Dah kak.”

 

Pintu dibuka perlahan. Dua beradik itu pun masuk tanpa sebarang kata kata. 

 

Dendam hari lahir di balas juga pada hari lahir. Rakan baik dan pembantunya yang telah menikam belakang papa mereka terkejut melihat semua barang sedang terapung dan menghadap ke mereka. Sedia untuk dihempas. 

 

Nasib keluarga Lily dan Sarah akhirnya terbela. Mereka tersenyum. 

 

Posts created 1

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top