gadis malang

Satu,
Saya tidak kenal dengan diri saya. Apa yang saya mahu, siapa diri saya dan tujuan hidup saya.
Dua,
Saya mahu seseorang mencintai saya tapi saya tidak mencintai diri saya. Sebenarnya, saya tidak tahu apa itu cinta.
Tiga,
Saya mahu seseorang menghargai saya tapi saya tidak menghargai diri saya. Sebenarnya, saya selalu mengambil kesempatan diatas diri saya.
Empat,
Saya benar-benar sunyi. Malam jauh dari indah. Ia ngeri. Menghantui hidup saya, membuatkan saya berfikir bahwa seorang gadis bernasib malang.
Lima,
Saya benar-benar menyukai seseorang. Seseorang yang manis dan menyenangkan. Cukup untuk buat saya berfikir saya ini benar-benar gadis yang malang.
Enam,
Saya mahu bebas dari masa silam yang menjerut leher sehingga kehilangan nafas. Mantan kekasih-ku, saya tinggalkan ‘hadiah selamat tinggal’ di bawah matanya.
Tujuh,
Lapan,
Sembilan,
Dan
Sepuluh.
Saya seorang gadis yang malang.

i dont know who i am
Posts created 10

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top