diskografi tak berapa nak diskografi

pendedahan awal terhadap muzik bermula sejak berusia empat tahun dengan lagu-lagu seperti mikael belajar untuk batu, rumah api kerap diulangi dengan pemain kaset dengan sistem bunyi. sehinggalah masuk darjah dua dimana stesen radio melayu menjadi pilihan utama secara tidak terpilih kerana itu yang pakcik drebar van pasang bila pikap budak sekolah semasa pergi dan juga balik.

“ramai ramai….” laung seorang murid, memberikan isyarat untuk siap sedia dengan pernafasan sebelum korus masuk

“rinduuuuuuuuuu, rinduuuu se rinduuu rindunyaaaaaaaa~~~~, namun engkau tak mengertiiii”

satu van sekolah dah macam konsert bergerak, dengan tingkap dibuka luas untuk penghalaan udara serta angin yang lebih efisyen. maklumlah, van dah berusia jadi aircond tidak sedingin first time van keluar dari kilang.

selain dari lagu spoon, jap…mana ada lagu lain lagi dah, balik rumah kena layan siti nurhaliza, amy mastura, the corrs, britney tom tom bak, budak lorong belakang, justin timberlake dan rakan-rakan, nyawa timur, o town. dari dulu dah perasan sedikit, imej sangat mempengaruhi apa yang orang dengar dan lihat. rupa cun sikit, muka jambu. jangan risau boleh laku. takdelah nak kata lagu mereka suck atau tak suka, dah begitu cara industri rakaman gergasi buat duit. memorable laa jugak walaupun tak layan dah sekarang. haha

namun, saat indah hanya bersifat sementara sebelum berubah menjadi sebuat memori. era nu-metal serta lagu rancak memenuhi ruang radio. akibat terlalu dengar hari-hari disamping kaset mat sabu kutuk madey yang bapak pasang. apabenda laa form 1 dah kena dengar political bullshit. pesal entah otak pergi boleh setting ini kaset ceramah. agenda parti politik agaknya punca utama.

habis dengar ceramah, kaset dalam radio proton wira kaler maroon dikeluarkan. kasi ganti dengan linkin park oyeah! CRAWLING IN MY SKINNNNN!!!~~~ bersabar je bapak tengok anak merangkak dalam kereta, teruk sangat ke life sampai menghidap depression. kurang kasih-sayang rupanya anak last dia. jap, tapi fadhli (memang nama sebenar) belanja kaset meteora. jadi celah mananya meteora ada lagu crawling? eh tak kesahlah, yang penting radio dari kereta membawak ke kelas. member sebelah siap perli lagi bila tak menyanyi. “wei radio kita rosak. pi beki ah”. ada sekali one day tengah menanyi, cina entah mana pergi sambung lirik. ceh nak impress orang laa tuh, kunun dia layan apa radio layan.

selang dua tiga tahun kemudian, hitz.fm mula bosan sampai lagu apa mereka main pun takde nilai untuk dihafal. stesen radio hot.fm diperkenalkan oleh media prima. bertujuan untuk bertumbuk pendominasi terkini iaitu era.fm. radio melayu era.fm membawa selera baru untuk pendengar-dengar muda. tidak lagi memainkan lagu-lagu lama seperti rtm. strategi yang membawa hasil tambah pula penjanaan program realiti tivi af. tak melayu namanya tak layan af. hiburan seisi keluarga pada hari minggu, perbincangan utama guru dan murid sementara tunggu perhimpunan yang bosan untuk tamat. budak lelaki cerita pasal nana, budak puan cerita pasal vince. fenomena af membawa satu ombak besar dalam industri seni negara. permodenan lagu melayu bermula di sini. long gone of the lagu lagu sendu leleh cintan-cintun balik-balik tokti menang anugerah. genre pop modern mula naik, seiringan untuk bersaing dengan band-band dari negara pengeluar rokok nusan.

program af kemuncak dia pada af ketiga dimana mamat botak terer azan dari keluarga felda menang. kalau cerita ombak dibawa oleh tsumawi. mau derail dari topik asal. af empat masih ada kualti, walaupun pemenangnya tidak lagi diingati pada keesokan hari dari konsert final. af 5 ada bila terasa rindu nyanyian anak menteri bee end. dan untuk kali pertamanya program pertandingan dimana kaum lelaki menjadi kuasa dominan, berjaya dipecahkan oleh anak mami penang. af 6 walaupun pemenanag bukan semenanjung tapi rating menampakkan penurunan. lima tahun masa yang terlalu lama untuk sesebuah trend muzik mainstream.

tapi tak semua layan af, masih ada sesetengah orang mencari muzik ikut cara sendiri. terima kasih kepada limewire, kalau tak kerana software peer-to-peer. memang takkan dapat bersilang takdir dengan muse. akibat bosan dengan mawi world dalam tv, winamp abang akak habis semua kena teroka. mula-mula bila winamp shuffle lagu muse, mesti skip. yelaa tengok nama band. wtf tak cool giler. but one day it happens when you rasa gi mampus ah dan malas gila nak skip. first time dengar full tanpa skip, ehh hooked up pulak dengan muse. maka disini bermulalah cinta baru dengan muse, serta merta mintak clash dengan linkin park. seiringan dengan muse, band-band uk/us mula kembali mendapat tempat di hati pendengar. billboard seolah-olah tahu “no more fake metal please”, maka arena mainstream dihujani band-band alternative. mcr, yellowcard, muse, arctic monyet, panic! at the disco, fall out boy, hari hijau, hayley williams and three other forgetten band members menjadi runut pilihan bagi playlist anak-anak muda baru habis SPM.

entah bagaimana, seperti cinta yang hilang dalam komunikasi. begitu jugalah dengan hubungan terhadap muse. genre muzik berubah untuk kali entah keberapa. kalau nak dipersalahkan, memang semuanya salah mega man battle network. sambil main game tanpa sound nih sambil itu jugalah on-repeat Hysteria. sampai satu level dah muak, main je laa game dengan OST dia. ehh boleh tahan catchy juga. maka lahirlah satu minat terhadap BGM ataupun OST. warga belia biasalah nak tunjuk dia lain dari orang lain to the point jadi tak terkawal. boleh kata jadi penyebab hilang kawan, siap kena kecam. “apabenda ko layan lagu takde lirik, yang ada lirik pula tak faham apa dia cakap”.

“yang ada lirik pula tak faham…”, ini merujuk pada angin jpop sebab banyak sangat tengok anime, serta pengaruh rakan bukan sebaya. tengoklah apa yang negara karate dah buat pada seorang budak yang tryhard giler nak nampak lain when it comes to music preferences. radio sekali lagi memutarkan lagu, tetapi kali ini kolej dan kali ini lagu pop japan. UVERworld, asian kungfu generation, orange range, aquatimez, janne da arc, yui yoshioka(waifu no.1 jepun) antara pilihan utama. tengah makan kat cafe dengan classmate rilek je pasang earfon kuat-kuat. bodo la wei. punya tak beretika perangai.

penah dengar korea is the new japan? kata-kata itu memang benar, korea datang entah dari mana-mana secara tidak diduga oleh sesiapa, menjadi kuasa besar dunia. vios diganti forte, sony diganti samsung, takuya kimura diganti ‘nama saya rain’, morning musume diganti girls generation. korea sememangnya telah menggantikan japan. cuma nasib baik mereka tak power animu. dan korea juga membunuh cinta aku dan jpop. kembalinya mendengar lagu-lagu lama dan secara tidak langsung bertemu semula dengan muse dan linkin park. tapi reunion sekadar bersifat sementara, kerana mereka sudah hilang sentuhan seperti zaman debut mereka. ia menjadi debat antara peminat. sesetengah berpendapat itu hak mereka untuk cuba sesuatu yang baru, kalau asyik style sama itu tandanya takde kemajuan dan peminat kena support jalan mana sekalipun band feveret mereka pilih. tapi untuk kipas susah mati teras keras, ia hanyalah alasan dikeluarkan oleh band sekadar nak menafikan claim yang menuduh mereka kering idea atau creativity.

personally tak kesah pun route mana nak ambik, nafas baru atau kekal dengan cara sama. asalkan telinga boleh terima cukuplah. tapi hakikatnya tak. muse makin lama makin kureng from their first three albums dan hunting party is the only their good album selepas meteora. so nak layan apa? kita layan green day dulu. but wait, uno! dos! tres! suck. takkan american idiot tiap masa. okay jom try indie pula. butterfingers, meet uncle hussein, estranged, one buck short, bittersweet, the times, laila’s lounge, pesawat, maddthelin, tres empre, couple, dan blablabla bersepah sepah lagi band indie(no masdo or hujan so you can gtfo). ikut lah nak suka band mana, depends kepada genre. sebab bukan semua indie band bunyi sama. indie is just a label.

but indie nih sekadar nostalgia pandering. now zaman youtube/smule. tengoklah artis baru naik bukan sebab program pencarian bakat. tapi sebab viral kat socmed. bagaimanapun, terdapat satu problem, mereka cuma ada satu dua lagu top sahaja. tak lama kemudian menyepi, ataupun sekadar buat show. yelah femes dan kekal lama pun sebab personaliti dan keperibadian, bukannya karya seni yang ditonjolkan. kesah pulak penyanyi baru naik nak release single. bagi satu album laa terus demmit! kalau tak mana nak tau penyanyi baru naik memang betul-betul boleh kekal lama berada dalam industri. bosanlah balik-balik tengok penyanyi lebih cepat masak dari ramen samyang sekadar mampu bawak lagu sama tiap kali buat show.

smule kills indie scene. jadi apa yang tinggal? nothing!

when all hope its lost, a band emerge from the clouded darkness. showing a path that rescues this poor soul. terkenal dengan lagu “sorry you’re not a winner”, Enter Shikari jadi instant feveret, teman pengganti sampai ke hari ini. terasa umpama jumpa life baru bila dengar something yang jarang ahli muzik produced. kadang-kadang geram juga kenapa dari dulu lagi tak discover mereka, atau takde seorangpun member yang layan mereka. The Spark adalah album terbaru mereka released tahun lepas. agak berbeza sedikit pembawakan style tapi masih boleh didengari. sesebuah band atau penyanyi itu hanyalah bagus bila mereka boleh perform dalam recording dan live atas pentas. kenyataan ini benar untuk ES. kalau kat youtube je dah rasa meremang bulu, apatah lagi tengok depan depan. berani bet la. hasilnya barangkali tersangat PHENOMENAL.

sekali-sekala google kat google, “bands similar to enter shikari”. pendedahan mencurah bagaikan ke ladang gandum. banyak lagi sebenarnya band yang best tapi tak femes. lepas cuba dengar satu demi satu, nampaklah bahawasanya genre post-hardcore bukan sekadar hit note tinggi sampai barai anak tekak. band seperti saosin, hail the sun, dance gavin dance, i the mighty, picturesque, too close to touch, artifex pereo, at the drive-in, the fall of troy, thursday, afi, hot snakes, drive like jehu, fugazi, husker du…takkan mengecewakan buat sesiapa yang ingin cuba sesuatu yang tidak ada pada your average generic rock-band. tapi mungkin susah sedikit buat pendengar mainstream. well if you sendiri mainstream listener or prefer sesuatu yang less agressive, then these clearly isn’t made to tailor your suit. tapi tengok dulu buat masa sekarang, kemana angin seni lagu akan membawa haluan seterusnya. tapi selagi waktu itu belum tiba….let’s open this pit up!

jadi bagaimana dengan u’olls semua? biasa biasa atau luarbiasa liku-liku kehidupan sebagai pendengar muzik?

Posts created 4

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top