Disguise: Kucing Aina

Disguise:

Give (someone or oneself) a different appearance in order to conceal one’s identity.

__________________________________

12 Ogos 2019

Ampang, Selangor

“Wahh banyaknya kucing akak! Semua comel comel! Ada berapa ekor semuanya kak?”

“Akak bela 9 ekor. Heheh.”

“Wahh banyaknya! Ada ekor kembang, muka penyek, kaki pendek. Semua comel!”

“Adik suka kucing ke?”

“Aah kak, tapi mak tak bagi bela. dia tak suka kucing. Mak marah sebab diorang berak merata”

Aina hanya tersenyum melihat Akil, budak 10 tahun, jiran barunya.

“Maafkan anak akak. Akil ni memang excited sikit kalau nampak kucing. Heheh. Awak baru pindah sini 2-3 hari lepas kan? Nama siapa? Sebelum ni duduk mana?”

“Hahah. Takpe kak. Saya suka je budak-budak main dengan kucing-kucing saya ni. Saya Aina, sebelum ni duduk area Damansara. Pindah ni pun sebab kerja kak. Maybe sebulan je saya duduk sini. Lepas ni pindah ke tempat lain pulak.”

“Akak jangan risau tau, kucing-kucing ni saya dah train berak dekat toilet. Semua dengar cakap. Heheh”

“Wahh, diorang dengar cakap akak? Powernya akak!”

“Aah. Cuba tengok ni.”

Aina mengangkat jari telunjuk dan berkata “cat, sit!” sambil menunjukkan jari ke lantai.

Semua kucingnya duduk serentak dan memandang tuannya.

“Wahhh akak memang power la! Macam ada magic! Semua dengar kata! Nanti ajar Akil buat macam tu please!

Akil melompat suka sambil tepuk tangan. Mereka hanya ketawa.

Okay nanti akak ajar Akil. Heheh.”

__________________________________

21 Ogos 2019

Ampang, Selangor

“Bang, tengok ni bang, kes budak hilang lagi. Kali ni budak perempuan. 2-3 bulan ni ada je budak hilang. Kesian mak bapak budak-budak ni.”

“Tu sebab abang tak bagi sangat Akil keluar dengan kawan-kawan dia sampai maghrib. Bahaya.”

“Ni dia kat mana? Tak nampak pun dari tadi?”

“Dia pergi rumah Aina bang. Main kucing. Suka betul dia. Gemuk gemuk kucing dak Aina tu. Aina tu pun suka melayan budak budak.”

__________________________________

“Kak Aina, akak bagi makan apa dekat diorang ni? Semuanya gemuk-gemuk. Lagi lagi si Lunia ni.”

Leka Akil bermain dengan kucing-kucing Aina.

“Makan?” Aina senyum. Menyeringai.

“Makan daging budak!” Matanya membulat.

“Makan apa kak? Sorry tak dengar. Tengah main dengan Lunia ni. Hahah”

“Eh makanan kucing dalam kotak tu je. Heheh. By the way, nak akak bagitau satu rahsia tak? Macam mana nak buat kucing dengar cakap kita? Tapi jangan bagitau sesiapa okay?”

“Eh mestilah nak tau kak! Okay Akil janji tak bagitau sesiapa!” Akil mengangkat tangan kanan tanda sumpah.

Okay, ni rahsianya.”

Aina membuka beg tangannya dan mengeluarkan satu bungkusan plastik hitam kecil.

“Akak guna ubat ni.”

Dibukanya bungkusan plastik hitam tadi dan dikeluarkan isi dalamnya. Kacang. Butiran berbentuk seakan kacang di kepitkan di antara ibu jari dan jari telunjuk, di hulurkan kepada Akil.

“Apa ni kak? Kacang?”

“Ni bukan kacang biasa Akil. Kalau kita makan kacang ni, kucing akan faham dan akan ikut cakap kita. Heheh.”

“Betul ke kak? Akil nak makan!”

Akil menghulurkan tangannya untuk mengambil kacang tersebut.

Aina cepat-cepat menarik tangannya.

“Cop. Sebelum tu akak nak ingatkan, kalau makan kacang ni, ada effect sikit. Boleh jadi pelupa. Akil tak kisah ke?”

“Takpe kak. Akil pun memang dah pelupa. Mak selalu cakap Akil ni kuat makan semut. Hahah. Asalkan boleh bercakap dengan kucing, pelupa pun pelupa lahh. Hahah.”

Okay lah kalau macam tu. Tapi effect dia lambat sikit tau. Akil kena makan sehari sebijik. Dah lama sikit baru kucing boleh faham. Tapi janji jangan bagitau sesiapa termasuk mak dengan ayah okay? Sembunyikan kacang ni, sebab kalau orang lain jumpa, effect dia hilang.”

Okay kak Akil janji!”

Sekali lagi Akil mengangkat tangan kanan tanda sumpah. Sambil tersenyum gembira, dia mengambil bungkusan plastik hitam kecil berisi kacang tadi.

__________________________________

5 September 2019

Ampang, Selangor

“Aina! Aina! Tolong akak Na! Akil tak balik lagi dari sekolah. Dah nak maghrib ni Na! Akak risau! Bapak dia dah jenuh cari dekat kawasan sekolah, tapi dia takde! Dah tanya kawan-kawan dia semua cakap taktau.”

Mak Akil menangis sambil mengadu pada Aina.

“Apa?! Akil tak balik lagi? Mana pulak dia pergi. Dah lewat ni.” Muka Aina cemas.

“Akak taktau Aina. Puas dah cari. Dia ada bagitau Aina ke dia nak pergi mana-mana? Sebab dia selalu singgah rumah Aina, borak borak dengan Aina.”

“Takde pulak kak. Dia takde cakap apa-apa pulak. Semalam pun dia takde singgah rumah saya.”

“Semalam? Bukan dia singgah rumah Aina main dengan kucing ke? Sebab semalam dia cakap dia nak pergi rumah Aina. Lepas dia balik semalam, dia terus masuk bilik.” Mak Akil kelihatan lebih risau.

“Takde kak. Semalam memang dia tak singgah rumah saya. Tak nampak dia dari semalam pun.” Aina berkerut.

“Ya Allah Akil, mana kau pergi nak!”

Mak Akil terus menangis sambil di pujuk Aina.

__________________________________

13 September 2019

Kampar, Perak

“Wahhh banyaknya kucing akak! Comelnyaa. Saya suka kucing!”

“Heheh. Meh la sini main dengan kucing-kucing akak. Jangan risau, diorang tak gigit.”

“Yay! Akak ada berapa ekor kucing kak? Comelnya yang putih ni!”

“Akak ada 10 ekor. Yang putih tu yang paling baru. Nama dia Lika.”

“Lepas ni ada 11 ekor. Heheh.” Aina berbisik perlahan sambil senyum. Menyeringai.

Posts created 10

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top