Disebalik Pintu

Ketuk-ketuk.

Aku hiraukan.

Dia datang setahun sekali biasanya.

Tapi kali ni special

Kali yang ketiga buat minggu ini

 

Ketuk-ketuk

Dia panggil lagi

Aku menyorok bawah selimut

Tak mahu berdepan dengan raksasa yang aku cukup kenal

sejak sekolah agama lagi

 

Ketuk-ketuk

Kali ni lebih kuat

Ustazah cakap kalau Iman kuat takperlu takut

Tapi Iman kat Batu Tiga tengah kongkek dengan boyfriend dia

Sejak aku tinggalkan dia seorang diri

 

Ketuk-ketuk

Aku rasa aku kena buka pintu juga

Nanti aku bagitau

Siapa yang asyik ketuk tu

Manusia atau hantu

Disebalik Pintu

Posts created 2

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top