Dilema seorang guru

Guru bukan lilin tetapi lampu,

Menerangi jalan yang penuh liku,

Bukan mudah menjadi guru,

Perlu kental hati dan jiwa raga.

Caci maki itu biasa.

Puji dan apresiasi sekali seumur hidup pastinya,

Itupun jika jasad sudah tiada.

 

Sikap pelajar merupakan cabaran utama guru,

ada yang hati batu, guru dipukul guna kayu,

alasannya, tak suka disuruh baca buku.

Ada juga guru yang dicalar kereta guna batu,

alasannya, tak suka ditegur salah laku.

Ada juga guru yang diviral di muka buku,

alasannya, rotan badan sampai biru.

 

Ibu bapa pula lain cerita.

Guru dipersalahkan jika tiada improvement daripada anak mereka.

Guru dituduh makan gaji buta.

Tetapi jika anak berjaya,

usahanya 100% datang daripada murid semata,

seolah olah murid pergi ke sekolah,

tugas guru sebagai baby sitter.

Ibu bapa perlu ambil peranan.

Pantau anak bukan tunding jari salahkan sistem pendidikan.

Sampaikan guru dia nak sekolahkan.

 

Lain pula pihak pengurusan

Tugasan ditambah atas dasar kewajiban.

Bagaimana nak fokus jika tugasan diberi bertubi-tubi,

masa mengajar padat lapan ke sembilan waktu sehari,

habis PDPC, guru dikehendaki meeting tak henti,

Kalau tak meeting teruskan dengan LDP,

Jika tidak buat kelas tambahan lagi,

Pelajar pula tidur tak sedar diri,

Alih-alih result tak seberapa, guru kena fikirkan intervensi.

Kenapa tidak beri masa untuk guru plan PDPC,

boleh sediakan banyak aktiviti…

kan kan kan…

Kurangkan tugas guru bukan tambah beban.

 

(Hasil komen OLL Pentaksiran dalam pendidikan EDUP 2063 12/10/2019 11:30am – 2:30pm)

-Ras Kassim-

Posts created 88

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top