DENGAR

Buka mata. Dengar. Dapat dengar? Terlalu bingit?

Mungkin kali ni, tutup mata. Kali ini, dengar ?

Terlalu perlahan. Mungkin kali ini, tuli kan telinga.

Pejamkan mata serapat-rapatnya, sehingga cahaya jingga di belakang kelopak mata kelam.

Dan kali ini, dengar. Kali ini, kau dengar ?

Kau dengar kali ini, gemala hati, suara lunak dayang-dayang dendang lagu yang menyulam rindu ?

Bukan, bukan yang itu.

Kau dengar kali ini, mestika hati, bunyi petikan gitar lelancur yang terkenangkan purnama di  malam penghujung bulan ?

Bukan, semuanya bukan.

Mungkin, terlalu perlahan.

Rintihan doa terlalu perlahan.

Mungkin doa hati yang tulus menyayangi itu terlampau perlahan.

Atau mungkin juga, hal-hal yang penting itu terlalu halus,

terlampau suci untuk didengari oleh telinga yang telah dinodai dan dilihat oleh mata yang tidak kenal erti menghargai.

.

Woooooooppp !

Posts created 4

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top