cinta pertama

cinta pertama atau cinta monyet?

eternal answer: you are my first love.

cinta pandang pertama. No. i think i already fell in love with you when i first heard your name.

terima kasih.

sebab kau, aku tahu rindu itu apa. bittersweet.

kau pernah membuatkan aku kidal. metafora yang aneh tapi itulah yang aku rasa.

tangan aku terasa kekok setiap kali aku menulis nama kau di setiap helain buku pelajaran.

aku ingin belajar tentangmu.

dan kau khabarkan kau juga tahu. tentang perasaan yang pernah ada.

kau seperti aku dulu, selalu dengan kata, lebih baik berteman. biar waktu yang menentukan.

untuk bertahun tahun, cinta hanyalah kau. hati aku tidak pandai untuk mencintai yang lain.

aku pernah sempat berfikir, kalau aku mampu menjadi seperti rachel yang pandai menyimpan rasa dan tidak memalingkan hati. Yang tetap bahagia mencintai farel walaupun dia tahu tiada guna menunggu.

Sampai menutup mata.

tapi realiti bukanlah cerita dongeng. aku tidak setegar itu.

dulu aku belum dewasa untuk mengandalkan perasaan sendiri. dan akhirnya membuatkan kau rimas dan lemas.

maafkan aku dan terima kasih sekali lagi.

kau tidak pernah membuatkan aku malu mengakui. kau tetap sudi melayan aku selayaknya manusia yang berhak merasakan sayang.

aku tidak mahu menyalahkan, tapi aku masih terkilan. perasaan kau tidak pernah aku tahu.

Adakah sememangnya dari awal lagi tiada ruang untuk aku berharap?

 

wahai engkau,

semoga Tuhan sentiasa melindungi kau. semoga tanah johor melayani kau dengan baik.

temuilah wanita yang mampu membahagiakan kau. dan untuk dia, kalau boleh aku katakan, kau sangat beruntung memiliki lelaki sebaik dia.

 

seakan kata-kata hlovate kata itu benar, cinta zaman sekolah takkan membawa ke mana-mana.

anything could happen.

seperti sekarang, aku sudah menemui orang yang tulus mencintai. tanpa meminta balasan apapun.

dan aku mencintainya.

thanks to you.

God bless.

 

 

 

good girl stays at home kindaaa
Posts created 9

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top