Cerpen Cinta Bulan Ramadhan [Bab 1]

“Nak burger daging, double. Tapi roti taknak guna ban, guna oblong. Sayur letak kobis banyak sikit, tapi bawang taknak. Lepas tu setiap daging burger tu potong dua, jangan bagi dia terkeluar daripada oblong. Sos cili lebihkan dan taknak sos tomato. Oblong tu pula jangan lupa salut dengan bread crumb,” pesan Nasir pada perempuan penjual burger di Bazar Ramadhan Taman Melati tersebut.

“Itu je bang?” tanya perempuan itu, meminta kepastian lanjut.

“Oh ya, roti dia jangan goreng atas kuali lama lama, nanti hilang zat,” Nasir menambah permintaan.

“Baik bang,” jawab perempuan peniaga burger tersebut.

Dia kemudiannya menyediakan pesanan Nasir. Diambilnya roti oblong dan dibelah dua membentuk satu potongan yang sangat lengkap simetrinya. Kemudian roti oblong itu disapu nipis dengan mentega. Disapu nipis bukan kerana kedekut, tapi kerana kalau sapu banyak, dia jadi tak sedap.

Nasir melihat apa yang perempuan jual burger itu buat dan dalam hatinya terdetik, “Satu dalam sejuta makwe ni, dahlah lawa, terer buat burger pula tu.”

—**—

Hayati sedang bosan duduk di gerai burgernya ketika seorang lelaki datang melihat menu yang terpapar pada kain rentang gerainya.

“Hensem jugak mamat ni. Aku ingatkan Jericho Rosales datang beli burger tadi,” getus hati Hayati yang merupakan peminat drama Telenovela.

Lelaki yang datang tadi membuat pesanan. Panjang lebar macam ucapan pengetua sekolah sekolah setiap hari Isnin jam 7.45 pagi.

“Hensem tapi menjengkelkan rupanya,” Hayati mengata dalam hati.

Selesai ambil pesanan. Hayati pantas membuat burger yang dipesan.

“Siap, bang. RM3.50 je bang,” Hayati hulur beg plastik merah kecil berisi burger yang dipesan tadi.

Lelaki tadi hulur not RM5 seraya berkata, “Simpanlah baki dia. Anggaplah itu upah untuk order saya yang panjang macam ucapan pengetua dan menjengkelkan tu.”

“Oh terima kasih, bang,” Hayati menerima wang RM5 tadi sambil tersenyum.

“Hensem, menjengkelkan tapi berbudi. Lelaki idaman ni,” Hayati berkata dalam hati.

Pintu hatinya terbuka sedikit.

—**—

Nasir ambil beg plastik kecil warna merah daripada tangan perempuan jual burger tersebut lalu menghulurkan not wang warna hijau.

Dia menolak untuk mengambil wang baki atas alasan terhutang budi. Walhal itu cuma helah untuk memenangi hati perempuan jual burger tersebut.

Nasir berlalu pergi seraya berkata dalam hati, “Nampaknya hari-hari aku buka puasa burger ni.”

—**—

Malam itu, Hayati tonton televisyen dan asyik asyik nampak Jericho Rosales walaupun yang berlakon tu sebenarnya Nasir Bilal Khan.

“Mak, Jericho Rosales cakap Alhamdulillah!” jerit Hayati, terkejut mendengar Jericho Rosales sebut Alhamdulillah.

“Ini cerita Tanah Kuburlah, Yati. Apa pula Jericho Rosales berlakon. Itu Nasir Bilal Khan,” mak Hayati tenang membalas spekulasi yang dimainkan Hayati.

…bersambung…

A man with no talent but he loves to write some pieces of shit.
Posts created 6

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top