Penting Diri

Mungkin… Aku terlalu penting diri. Tidak meletak aku di posisi kamu… Cuma tahu akan rasaku… Tidak cuba berdiri dalam sepatumu… Mungkin… Aku harus berhenti. Meletakkan kamu pada posisi yang sulit buat kamu… Lebih memahami rasamu berbanding rasaku… Aku tidak menyalahkan kamu idamanku… Tetapi adakah aku perlu menyalahkan rasaku? Harus ku apakan perasaan ku pada kamu? […]

Kamu Yang Ku Rindu

Kamu yang ku rindu… Bagaimana harimu tanpaku? Hari aku tidak seindah selalu… Kerana tiada kamu disini… Pujaan hatiku yang ku rindu… Terasa lama waktu berlalu… Aku tak sabar ingin bertemu… Dengan kamu idaman hati..   -Ras Kassim- Pin 0

Jauh Dari Realiti

Hari ini, kebetulan sekali aku seperti ingin lari, Pergi jauh dari realiti. Terlalu penat aku fikirkan kesudahan diri. Ada sahaja tidak diperduli. Sama saja seperti sudah mati. Tak akan ada yang cari. Kehilangan saja tidak dirasai. Cuma belum tahu diri. Fikirku aku dinanti. Hey hey…. Kamu bukan puteri. Yang perginya ditangisi. Kamu itu bukan orang […]

Puisi Langit Biru

Puisi ini sengaja ku tulis untuk kamu idamanku… Saat aku terbang jauh di langit biru… Tapi rasa dan ragaku masih tetap disitu… Pada kamu… Aku mahu kau tahu… Sejauh apa pun aku… Meski beribu batu tempatku.. Tidak pernah sekali aku tidak memikirkan kamu… Kerana kamu selalu ada di mindaku… Secelaru apa pun aku, Masih punya […]

Ada Rasa Dalam Hati

Hari itu, kau berjalan di hadapanku, Kau kelihatan tak tentu. Mungkin sebab kau tahu, Aku berada di belakangmu, Memerhatikan langkahmu yang kelihatan seperti ular dipalu. Apakah kau fikir aku tak tahu? Ada rasa dalam hatimu itu, Rasa yang kau nafikan buat aku.   -Ras Ermma- Pin 0

Lama Tak Kongsi

Cukup lama tidak berkongsi puisi. Bukan tak sudi, tapi risau tidak dinanti. Dikongsi nanti takut di keji. Seolah -olah tidak boleh punya hati. Jika punya hati pula tak perlu di ekspresi. Simpan sahaja sendiri… Eh eh… Sukahatiiii…. (kepada yang tak suka puisi saya… Mohon┬ácuci hati… Biar suci) Nah… Saya kongsi satu malam ini… Puisi yang […]

Matahari

Selalunya, aku takut akan matahari. Tetapi kini, matahari itu yang selalu ku nanti. Yang ku tunggu setiap pagi. Yang ku nikmati saban hari. Matahari yang menyinari, Gelap suram hati ini. Matahari yang ingin ku miliki. Matahari idaman hati. (idea tercurah saat melihat kamu atur PA system waktu sy jadi hakim rejam lembing)   -Ras Kassim- […]

Demi Dia

Cinta membuat kau berupaya. Berupaya bikin sesuatu yang di luar jangka. Contohnya demi dia, kau bisa menyusun kata Menjadi bait bait puisi, Demi dia, kau boleh bangun awal pagi, Golongkan dia popia, Masakkan ketam cili api, Buatkan dia laksa, Gorengkan ayam “kepsi”. Demi dia, Baju betimbun kau larat cuci. Tak perlu hantar dobi. Lantai pun […]

Johan Hati Kamu

Secara amnya, Hidup ini bukan satu pertandingan. Yang harus dibuat perbandingan. Perbandingan yang gila kalau diturutkan. Hidup ini bukan satu perlumbaan. Tiada lapangan disediakan. Tidak dianugerahkan pujian. Tetapi tidak jika hidup ini berkait kamu, Ada yang ingin aku dapatkan. Akan aku usaha menangkan, Tak kenal lelah aku ingin pertahankan,. Biar jadi johan. Johan hati kamu…. […]

Banyak Hal

Banyak hal dari kamu yang aku suka,. Matamu, senyummu, gayamu, suaramu, Semua bisa bikin aku gila. Cuma satu hal dari kamu yang aku tidak suka. Cara kamu tidak menyukai aku. Rasa kita berbeda.   -Ras Kassim- Pin 0

Jodoh Dalam Puisi

Jangan risau, saya ini tahu diri. Pipit dan enggang tak boleh terbang sekali. Kebersamaan kita cuma dalam puisi. Meski sukar aku hadapi, Tetap ku beritahu hati, Kamu itu cuma jodohku dalam puisi. Perlahan-lahan akan ku pujuk diri, Agar terima kenyataan ini.   -Ras Kassim- Pin 0

Jika Kau Mahu

Jika mampu, Pakaian mu mahu ku cuci. Ku sterika malam hari, Supaya tak telat esok pagi. Jika kau mahu, Pulang kerja sahaja kau ku hidangkan kopi. Jika lapar, aku masakkan kau nasi. Pinggan mangkuk jangan risau, akan aku cuci. Kau akan ku suruh goyang kaki. Yang aku mahu, Kau bimbing aku ke jalan yang lurus. […]

Kalau Boleh

Kalau boleh, aku mahu jadi orang yang cedokkan kau nasi hari-hari. Masakkan kau makanan yang kau gemari. Belajar masak kari. Pergi ke pasar sabtu pagi. Sediakan kau kopi dan roti. Pendek kata, aku mahu jadi bini. Tapi kau tak sudi. Kalau boleh.. Semua di atas aku mahu terjadi.   -Ras Kassim- Pin 0

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top