Sudah Lama

Sudah lama aku tidak menulis buat kamu… Sosok yang paling ku rindu… Yang kini asing buat aku… Aku menjauh kerana itu yang kau mahu… Aku membisu kerana kelakuanmu… Berkali -kali melukai aku… Perlukah aku membatu? Anggap semua tak pernah berlaku ? Biarkan semuanya berlalu… Bersama angin bayu…   -Ras Kassim- Pin 0

Berikan Petanda

Gak ada yang nyaman jika bicara soal cinta… Jarang yang smooth sailing gitu.. Cabaran nya aja berjuta… Terutama jika bicara soal waktu.. Salah waktu itu punca… Tangan yang bertepuk cuma satu… Persoalan “jika” yang bermain di minda, Membuat hati jadi ragu. Adakah kamu sudah berpunya ? Atau masih mencari sang ratu ? Bolehkah aku ingin […]

Teristimewa

Yang tak terlihat di mata, Bukan bermakna tidak ada. Yang tak terzahir di perlakuan, Bukanlah apa yang dirasakan. Yang tidak dituturkan pada bibir, Bukan berarti sudah berakhir. Fahami maksud bukan pada kalimat, Kerana manusia penipu yang terhebat. Jangan lihat pada zahir, Bukan itu yang terlahir. Jangan rasa guna otak, Buat jantung berhenti berdetak. Lihatlah menerusi […]

Bacul

Sedang aku berbaring di ranjang, fikiranku menerawang… Seperti mencari sesuatu yang hilang… Malam itu terasa panjang.. Aku cuba melelapkan mata… Mengira bintang di cakerawala minda… Lalu wajah kau menerpa… Membuat aku bermuram durja. Segera ku alihkan tumpuan… Agar kau tak lagi aku fikirkan… Cukup sudah segala penghinaan… Kau tak layak aku agungkan… Kata -katamu benar […]

Apa Cerita?

Kamu yang sedang berbahagia disana, Apa cerita bergelak ketawa? Bergurau senda tak sedar dunia. Seronok kau mengata nampaknya? Sehingga lupa yang maha kuasa. Kenapa perlu mengata? Kenapa perlu menghina? Sedangkan yang dikata bermuram durja. Tak perlu sedemikian rupa. Hidup ini durasinya tak lama… Yang kita punya cuma pinjaman semata.. Boleh ditarik bila-bila masa… Oleh itu […]

Pasti Runtuh

Aku tidak pernah lelah berjuang untuk kamu… Namun, sekuat apa pun aku, Meski seteguh timbunan batu… Satu saat aku pasti runtuh… Hati ini pasti luluh… Walau rasa ini ampuh… Tetapi, aku tak kuat menahan sakitnya hati… Kerana kamu sedikitpun tidak peduli… Malah terkadang kelakuan mu melukakan hati… Andai hati begitu mudah terobati, Biarlah sakit itu […]

Tidak Sempurna

Aku tidak sempurna, Baik di mata kamu, Atau di mata maha pencipta. Menuruti kehendakmu aku tak bisa. Kerana aku manusia biasa. Tak punya apa-apa . Lebih terlihat cacat cela dari sempurna. Punya kekurangan berjuta. Tetapi aku sedang berusaha, Memperbaiki diri menjadi berguna. Daripada tiada menjadi ada. Aku tak dapat memutar masa, Kerana aku tak punya […]

Keterlaluan

Sungguhpun kamu cuma sebatas angan, Yang tak bisa jadi kenyataan, Tapi itu bukan alasan, Untuk rasaku ini diperlekehkan. Aku juga punya perasaan, Bukan untuk kamu bincangkan, Apa lagi tertawakan. kamu juga pernah rasa menginginkan, Dan tahu rasa dikecewakan. Perasaan bukan bahan gurauan.. Itu keterlaluan.. Perasaan membutuhkan ketulusan, Yang bukan mudah untuk di dapatkan. Tidak dijual […]

Persoalan Yang Terjawab

Tiba satu saat dimana semua persoalanku terjawab, Saat itu aku cuma mampu bertelku di tepi pintu. Bertanya pada diri sama ada masih mahu mengharap, Atau perlahan menyusun langkah dan berlalu. Sungguhpun hidup terasa tak lengkap, Tanpa kehadiran kamu idamanku….   -Ras Kassim- Pin 0

Keras Hati

Mulut bilang berhenti, Otak bilang lari, Mata dipaksa menuruti. Namun raga harus tetap di sini. Menyebabkan rasa tidak dapat pergi. Rasa masih keras hati. Masih tetap memegang janji. Masih mengagumi kau sampai saat ini.   -Ras Kassim- Pin 0

Zombie

Ingin sekali aku menulis puisi… Tetapi otakku seperti tidak berfungsi.. Mati… Sekosong hati yang cuba melepaskan kau pergi… Membuang hati sama seperti membunuh diri… Jasadku sahaja kelihatan tegak berdiri.. Hatiku pula sudah mati… Lebih tepat jika ku katakan, Wujudku ini seperti zombie. Tak punya tujuan lagi.. Berjalan kesana kemari, Seperti mencari sesuatu yang tak kan […]

Bukan Penyapu

Tak kan ku khususkan apa pun buat kamu, Orang yang telah mengecewakan aku… Memotong tali pengharapanku pada kamu. Yang selama ini menjadi idamanku… Jangan datang lagi kepadaku… Aku bukan sebodoh itu. Menerima kamu setelah aku dilayan seperti penyapu.   -Ras Kassim- Pin 0

Menelaah Kamu

Aku keliru dengan kamu… Kamu ini orangnya tidak menentu. Tidak terbuka seperti buku… Sukar ku hadam naskahmu itu… Satu cabaran bagiku… Tetapi aku tidak jemu… Menelaah kamu..   -Ras Kassim- Pin 0

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top