CANTIK TAK?

“Okay turn aku.”

’10 tahun dulu, ada sorang wanita yang cantik paras rupanya. Sopan santun, idaman lelaki malaya. Nama dia maya. Semua lelaki kat kampung gilakan maya sampai ada yang kena tangkap polis sbb ganggu si maya ni. Malangnya semua lelaki maya reject’

Slurrppp..

“Lepastu lepastuuu??!!”
“Sabarlah aku nak minum. Haus la sial”

‘Lepastu…threee!!!! Ahahahahaha’

*klekukkkk

Kepala akim kena ketuk.
“Sakit la bodo!”

“Haaa.. org tgh serius dia main2 pulak. Cepat ah, kang dah pukul 12 kena balik. Nak tido. Esok sekolah.”

“Yelahhh..yelahh..”

‘Lepas tu..ada seorang jejaka yang hensem pindah ke kampung tu.macam prince dengan princes, maya pon terima lah si jejaka hensem ni sebab dia menepati syarat2 hasben yang dia nak.’

“Pandang rupa jugak si maya ni. Tak guna punya perempuan.”

“Eh habistu kau ingat perempuan cantik nak ke laki macam kau? Rupa takde perangai pon haramjadah. Hahahahahahahahaha”

“Hahaha sial kau. Ha cepat la sambung”

‘Setahun dieorg berkahwin, hidupnya bahagia. Tapi malangnya tak dikurniakan anak lagi. Maka orang kampung pon berbisik2 kata si maya ni harap cantik tapi mandul. Hidup mereka jadi tertekan lalu satu hari si maya jatuh sakit. Seminggu maya demam. Laki si maya ni risau lalu dia pon bawalah ke tukang ubat kampung. Check punya check, rupanya si maya mengandung. Tapi yang sadisnya hasben dia macam tak suka. Balik je dari tukang ubat tu, maya kena tampar. Terduduk maya atas lantai sebab tamparan tu tak dijangka.’

“Kenapa….”
“Shuuuuushhh. Kiteorg nk fokus nihh!”

‘Laki si maya ni diam tak kata apa. Bila tanya nak makan ke tidak, dia senyap. Bila tanya esok nak bawak bekal apa pergi ke sawah(biasa lahh org dulu2 mana ada yg senang) dia senyap. Senyap seribu bahasa. Maya makin risau. Anak dalam kandungan membuat perasaan kewanitaan maya makin menjadi jadi. Maya perlukan perhatian dari suami dia. Esoknya, bila maya desak suami dia apa salah dia, suami dia berang. Dia capai getah paip, dia sebat maya. Maya merayu rayu mintak berhenti, minta maaf sebab dia desak. Selepas tu, tiap2 hari maya kena sebat. Maya tak tau apa salah dia. Dia mampu menangis mintak simpati tiap kali disebat.’

“Dayus gila laki mcm tu. Tak layak panggil laki.”

“Maya pon satu, dulu laki baik nak kat dia, dia takmau pulak. Padan muka dapat laki jahat. Hmph! Okay.. sambung cita kau.”

‘Satu hari waktu kandungan tu dah 7 bulan, maya buat keputusan nak lari rumah. Tapi malangnya, maya bukak2 pintu je, terserempak dengan suami dia. Waktu tu suami dia balik rumah sebab tetinggal bekal makanan. Apa lagi, suami dia berang lagi lah. Maya kena sebat teruk haritu. Lepastu seharian maya muram. Tahan pedih. Suami dia tak puas hati, dia amik pisau. Dia toreh muka maya. Toreh bagi maya senyum sampai telinga. Maya menjerit pon dia tak kisah. Lepastu dia amik jarum dgn benang, dia jahit mata maya supaya nampak mata ceria. Maya menangis air mata darah sekalipun dia tak heran. Lepas dia puas, dia rogol maya. Maya tak mampu melawan. Akhir sekali, dia toreh perut maya. Dia kata kat maya ‘aku nak tengok anak hasil air mani laki mana yang kau rembat’ dia keluarkan baby dalam perut maya. Maya merayu, maya cakap tu anak hasil perkahwinan dieorg. Suami dia terkejut, menangis, dia cium baby yang kaku tu.’

“Bodoh punya lakiiii!”
Semua mata tertumpu ke ajis.
“Kau pehal emo tak tentu pasal? Cerita je kot”

“Ehem..ehem..sory2..sambung cerita.”

‘Lepastu,… suami dia baling baby tu. Dia kata kat maya, ‘kau ingat aku percaya? Macam mana kau nak mengandung kalau aku asalnya perempuan!’ Maya terkejut yang amat.’

“Hahhhhhhh??!!!!!”
“Pastu selama ni dia tu lesbian lah?”
“Tapi dia rogol maya cemana?”
“Takkan maya tak tau? Laki dia kot”

“Sabar aku kata….aku cepuk sekor2 kang.”

‘Sebenarnya laki si maya ni asalnya dari negara barat. Kacuk. Sebab tu cantik, hensem paras rupa dia. Dia ank org bangsawan kat sana tapi dia hampakan mak ayah dia bila dia amik keputusan nak ubah jantina. Mak ayah dia ugut kalau dia tetap dengan keputusan dia, mak ayah dia tak mengaku sebagai anak. Tapi dia tetap buat jugak, dia ubat alat sulit dia. At last dia kena buang ke kampung si maya dan berkahwin dengan maya. Si maya ni pon bodoh pegi kawen tak selidik. Sebab tu dia buat la banyak kali dengan maya, maya still takleh mengandung.’

“Ooo..kiranya maya curang lah ea?”

‘Maya curang waktu orang kampung sibuk kata dia mandul. Dia cuba semua rawatan tradisional tapi tak berkesan. At last dia curang dengan bekas kekasih dia yang dulu sebab dia nak buktikan yang bukan dia yang mandul.’

“Pastu lepas maya kena siksa tu dia hidup lagi tak?”

‘Malangnya, maya mati sebab hilang banyak darah. Maya mati dengan dendam. Dendam dengan ‘suami’ dia. Jadi roh dia tak tenang. Dia menjelma jadi hantu lalu merayau sekeliling kampung mencari ‘suami’ dia. Bila dia jumpa, dia kacau ‘suami’ dia. Dia menjelma bentuk dia macam manusia. Tapi muka dia macam pakai purdah. Dia tanya suami dia, CANTIK TAK? Suami dia yg terketar2 tu jawab. Ccc…caann..cantikk. Lalu hantu maya tu pon bukak kain yg tutup separuh muka dia. Maya tanya lagi.. CANTIK TAK? Rahang maya terjatuh. Lidah terjelir sampai ke dada. Gigi seakan berlumut. Ulat penuh menghurung daging yang tercarik kat sekitar mulut dia. Bau busuk menusuk hidung ‘suami’ maya. Dengan terketar dia jawab.. ccc..can..can..cantikk. Pastu maya mengilai. Dia kata, “kalau cantik, mesti kau nak muka macam aku kan?? Mari sini aku tolong.” Lalu maya pon buat apa yang ‘suami’ dia penah buat kat dia.’

“Bodoh. Naik bulu roma aku.”

“Jap. Tak habis lagi.”

“Habistu kalau cakap tak cantik?”

‘Lepas hari tu, maya masih berlegar2 kat kampung dia cari mangsa. Sapa yang cakap tak cantik, dia akn jadi berang dan toreh kulit muka kau sampai tak rupa muka. Dia akan buat kau cacat selamanya. Dan hari maya kena. Bunuh adalah 21 julai. Dan setiap tahun maya akan muncul pada hari yang sama. Dia muncul tepat pukul 12 tengah malam..’

“Bukan esok ke 21 julai?”
“Tak ahhh.. sekarang.”

Ali pusing tengok jam dinding rumah akim.

“Betullah!! Da 12.04 a.m. Giler ahh..”
“Aku nak balik wehhh..”
“Takut ahh..kau la nii..”

“Hahaha. Nasib la korang. Kalau taknak balik korang tido kat pangkin ni sampai esok pagi baru balik. Dah aku nak g tido.”

“Bodo la kauu!!”
“Jom ah balikk”
“Tapi da tengah malam..kau tak takut……”
“Apa?! Kau ingat maya tu wuj…….”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Ye kak cari apa?”
“Akak nak tanya.. akak CANTIK TAK?”

Posts created 6

One thought on “CANTIK TAK?

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: