Bukan Ikan di Pasar

Terlalu tinggi darjat punca kau jadi keparat. Otak berkarat, hati hitam pekat. Baru berpangkat sudah rasa diri terlalu hebat. Boleh tentukan nilai seseorang pada mata kasar..Bukan tengok pada dasar.. Hoi.. menilai orang bukan seperti memilih ikan di pasar.. Selam dalam dalam..Kenal luar dalam
Ini tidak. Tahunya cuma menganyam, menghantam tetapi mengaku Islam. Lupa, harta, pangkat dan rupa bersifat sementara. Lupa, yang dikurnia boleh ditarik bila-bila,
Lupa, kerana mulut badan binasa.
Lupa, tuhan boleh bolak-balikkan hati tanpa diminta…
Lupa, takdir boleh berubah
dalam sekelip mata…
Lupa, kain sendiri yang perlu dijaga
sebok mengata kain orang bertampung daripada perca… Tak mengapa. Sekarang kau alpa. Sekarang kau lupa ada yang lebih berkuasa. Yang tersilap langkah, kalau boleh,guna speaker kau jaja… Salah sebesar zarah jadi sumber berita. Baik sebesar gunung tak nampak di depan mata. Barangkali sudah buta. Bukan cuma mata, tetapi hati juga. Sedarlah manusia, dugaan kita tak sama. Sesama manusia jangan dihina. Umpama ludah ke langit, akhirnya bertempek kahak di muka.
Tak takut jadi calon neraka?
Sudah-sudahlah bermulut puaka…
Tak payah jadi celaka..
Bukan dapat untung apa..

-Raskassim-

Posts created 90

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top