Bisik Hingga Ke Washington, DC

aku menari senang
di dalam mimpi kamu
tersenyum riang
menjadi puteri kamu

ini sepertinya, sama persis—
mimpi-mimpi yang sering
aku dambakan
namun tak sekali aku
cuba mimpikan

hinggalah kamu muncul
muncul menculik aku, lantas
menghias cantik aku
dengan cinta kamu

esakan kamu, sayu
tak aku biarkan dihembus bayu—

pandang aku sayang
dengarkanlah aku
bukan kamu seorang yang punya
kepulan rasa-rasa ini—
kerana gadis kesayanganmu ini juga
sedang merasakan sebatian perasaan itu

tubuh aku hampir beku
tiap kali kamu pergi
lidah aku sering kelu
tak mampu melarang pergi

ingin kamu tahu, itu
itu adalah hal yang paling aku mahu
aku tak mahu selain kamu
jadi pantas pulang sayang
pulang cepat dan dakap erat aku

kerana aku hanya mahu kamu
dan tidak mahu selain kamu

November 2017 – Seira Sky //

love letters & broken promises
Posts created 17

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: