melihat kamu di sebelahku itu sakit
mungkin kerna aku tahu
semalam kamu itu candanya dengan siapa
gelak tawamu itu umpama matahari senja
banyak warnanya dan sentiasa ada
ku lihat dadamu naik turun dengan helaan nafasmu
aku yakin disaat itu aku masih mahu kamu
tapi ku kunci mulut; rapi
tidak mahu lagi bermain dengan api
cukup hanya sekali
atau mungkin sudah kelima kali
aku lupa perit itu bila kamu sudah disisiku
aku lupa air mata
aku lupa derita
aku hanya ingat adanya cinta
dan kamulah cinta
Kamu menoleh ke arah aku
aku bagai anak kecil melihat mainan baru
aku tahu kamu tahu apa yang ada di fikiranku
betapa aku mahu kamu dekat dengan aku
ini bukan mainan tidur
ini bukan anganku
aku tahu khilafnya aku
dan aku tahu silapnya kamu
tapi kalau sudah cinta depan mata
bagaimana bisa aku pura-pura
-c.n