Biarlah Itu Kita – Let it be

 

mana mungkin perkara menyiksakan boleh jadi hal yang indah
terkadang manusia itu tak faham
benda yg pahit tak akan bertukar rasa
hidup ini ada perkara yg pahitnya harus ditelan
Tak usah dicari kemanisannya

Tapi untuk Kita ;
badan yang merasa
jasad yg menanggung
perit apabila disuruh mengikut acuan yang bukan kehendak kita
kerna apabila sesuatu itu sudah tidak mahu
Ia akan menolak dirinya sendiri
Tanpa perlu ditolak oleh sesiapa

Hati ini bila disuruh jadikan ia manis
mana mungkin ia mahu mengalah
mana mungkin ia mahu berdalih
pabila perkara itu bukan pilihannya

hati ini tak boleh dipaksa
namun seakan Masa yang bergerak mengisi ruang kehidupan walaupun Tak nampak di mata
ia akan tunduk jua
pabila ia temui tangan yang sepadan
jadi untuk tangan yang memimpin
belailah ia dengan kasih
peluklah ia dengan perasaan sayang
Tak usah dipaksa ia untuk mencintai Hal yg tak ia suka

suka duka
jatuh bangun
letih Dan lelah
biarlah Kita bertongkat pada bahu sendiri
agar sampai satu Masa
Kita boleh bangkit sendiri
Tanpa perlu berpaut pada tangan lain
Melainkan tangan yang di Atas
biarlah Kita jadi Kita
biarlah itu Kita
biarlah orang tak suka
Kita tahu Kita siapa

Posts created 8

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top