Berpisah

Aku mulakan episod yang tidak diketahui bila penghujungnya seperti biasa , celik mata , gosok gosok mata , menguap , mengeliat , bangun , capai tuala dan berlalu ke bilik air . Dan seperti biasa jugak episod dalam bilik air berulang , dimana sama ada mahu hidupkan water heater atau pun biarkan saje air yang ibarat ais baru lepas cair ni menerkam tubuh aku . Dah makan masa 10minit , tenung punya tenung akhirnya air beku ni juga yang menerpa badan aku . Tapi memang biasanya benda ni lah selalu berlaku pada aku tiap kali mandi pagi . Pikir nak guna water heater ke tak , tenung 10 minit , at last pancuran biasa jugak digunakan . Bukannya apa sebab baru bangun tido dan otak belum mampu beri tindak balas dengan pantas seperti waktu kemuncak , dan setelah itu aku teringat pesan cikgu dimana bangun waktu pagi jangan guna water heater , tetapi , guna pancuran biasa sebab air dia sejuk . Bila air sejuk menerpa badan pada waktu pagi dia akan mengejutkan segala urat saraf dalam sistem badan ni yang masih ‘mengantuk’ dan buat kita segar dengan lebih cepat . Dan serta-merta tindak balas ke otak jadi laju . Entah kenapa , dalam banyak2 nasihat dan peringatan dari cikgu , nasihat yang ni selalu terngiang dalam minda aku tiap pagi . Seusai mandi , aku kembali menyarung seragam sekolah yang aku tak berapa minat nak pakai berserta tie . Aku tak minat sebab seluar kaler hijau tua . Ergh sumpah selekeh , aku lebih prefer seluar hitam . Tapi dekat sekolah yang berseluar hitam hanya pengawas yang acah2 leader kepada segala murid dan peers iaitu pembimbing rakan sebaya yang tak berapa nak bimbing . Tapi tu pun masalah jugak , baju pulak kaler biru lah purple lah . Apa sial lah semua ni . Aku melangkah ke pusat menimba ilmu dimana sesetengah pelajar gelarnya ‘penjara’ pelajar . Baru melangkah dah kena tahan dengan seorang minah pengawas ni . Nama dia Sara , ketinggian 160cm takat paras dagu aku je , memiliki pipi yang sedikit pau bila senyum , kulit bersih dan overall orang kata ‘memang baikk ahh’ . Nama aku kena catat lagi sebab lewat , before that aku lupa nak bagitu aku ni bukan lah pelajar harapan mahupun yang baik . Hari hari lewat , even 1 minit , bila Sara ni yang jaga gate walaupun 10saat lewat nama kau pasti akan ada dalam list untuk masuk rekod disiplin . Haih Sara kenapa lah kau tak catat nama aku dalam hati kau . Aku sebenarnya berkenan juga dengan Sara ni cuma aku ni lelaki yang ada telur tapi bila dengan perempuan yang aku suka tetiba telur aku macam hilang . Okay macam biasa seharian belajar bosan , masa yang dirasakan sebelum ini amat lama kini menjadi kejap . Ini lah jadinya kalau orang angau , walaupun cinta belum bersemi tapi aku dah mengalamun jauh sampai buat anak beb . HAHAHAH teruk sial aku .
One day tu , aku tulis surat ala ala secret admire lah kan then aku letak bawah meja dia pagi tu . Dan aku sendiri pun tak percaya sebab aku sanggup pergi sekolah awal semata-mata kerana Sara . Aku duduk rilek macam biasa dalam kelas buat buat tido , then Sara masuk dengan kawan dia . Dia kemas meja and aku berdebar untuk tunggu dia baca surat tu , dia perasan kertas aku . Dia amik dan baca , tapi aku rasa baru sepatah dua je . Sebab bila dia bukak je dia terus ronyok dan baling ke tong sampah terus , maybe dia ingat budak petang punya surat cinta yang tertinggal . Hampa , berkecai , punah hati aku bila Sara buat macam tu . Dia macam ni tau rasanya , kau buat kopi untuk bos sebab nak tarik sikit lah hati dia kan , but then dia sembur bukan sebab panas tapi sebab tak sedap . Hah macam tu lah perasaan dia . Takpe kau Sara , aku akan usaha dengan lebih . Waktu rehat sekali lagi aku menulis nota tapi kali ni dalam bentuk poem dan aku selit dalam buku teks nya . Cikgu Rokiah masuk , subjek Sejarah yang sentiasa buat mata aku jadi segar sebab tanpa sejarah , legenda dan mitos takkan wujud . Masing2 keluarkan buku teks , begitu juga Sara dan dia perasan nota tu . Aku berdoa agar dia bukak dan baca , lalu dia baca poem yang aku bagi tu .

Hope is a wasting time
If you’re launch a unfaithful crime
Hope is for all the losers
Because cheaters always the winners

Im going to watch this rain
Wash away my pain
Unrequitted love is waiting game
And waiting will bring you to shame
Kali ni dia baca and dia tersenyum , pehhh comel gila dia senyum . Pipi dia buat aku lagi geram sebab macam pau , aku rasa macam nak gigit je .
“Hah Amir awak menung apa tu”
“Eh cikgu mana ada saya menung , saya tengah paham kan ni”
Erghh nasib baik , hampir hampir kantoi busuk . Ni kalau Sara tau aku yang hantar konfirm kena reject . Loceng sekolah berbunyi pada waktu tengah hari menandakan kelas tamat . Ada yang macam halimunan dah lesap , ada yang gelojoh nak kemas beg , ada yang berlari , ada yang tolak tolak , ada yang duduk lagi kat kelas . Masing2 nak laju kejar bas , yela bas sekarang ni macam kimak . Suka tinggalkan orang . Aku ? Jalan kaki macam biasa tapi harini dengan hati yang begitu senang kata lo . Gue enggak pernah rasain begini , tersengih-sengih sampai ke rumah . Sejak tu hari demi hari aku hantar surat kat Sara sebagai secret admire tapi finally semuanya terbongkar bila kawan Sara nampak aku yang tulis dan selitkan dalam buku nya . Mula-mula aku memang cuak tahap gaban sebab for sure gua syak dia akan reject and taknak cakap dengan aku lagi but everything going opposite . Dia juga luahkan dia ada perasaan kat aku .
“Amir kenapa awak buat semua ni”
“Buat apa ?”
“Awak jgn nak berteka-teki dgn saya”
“Sebab saya nak tengok awak senyum”
“Amir saya nak awak jujur”
“Jujur apa”
“Awak suka saya ke?”
“Emm emm *angguk kepala”
“Saya pun ada perasaan kat awak”
So kau bayangkan kau tengah bebual dengan orang yang kau suka , ala apa nama dia tu , emm crush . Hah crush . Mesti lah happy gila babi en bila tau crush kau pun suka kau , tapi babi pun tak gila gini . So sejak tu , kitorang tukar status kitorang dari ‘crush’ into ‘in relationship’ . PING PING . Kemain banyak notification masuk kat Facebook ni semuanya kemain tanya awek mana aku rembat ni . Siap ada yang mintak share , fuck betul . Kawan2 aku memang perangai cam lahabau . Tapi aku dah biasa dengan gurauan mereka . Makin lama kenal makin banyak ragam dia buat . Aku mula rimas , at first sekali dua tu kena aku memang boleh tahan . But kalini aku memang nak dump dia , sikit sikit aku je salah , aku tido siang pun salah , malam aku tido lambat pun salah . Sebab katanya aku ni budak sekolah lagi . Fuck punya perangai , sumpah seranah aku dengan perempuan tu . Sebenarnya jujur aku makin hari makin tipis sayang aku kat dia , aku bosan sebab dia ni Queen Control yang buat aku macam slave dia . Tak lama lepastu ibu aku bagitau yang aku kena pindah sekolah sebab family pindah sekali , aku pun guna peluang ni untuk dump Sara tu . Rimas aku . Tak sampai sebulan aku rasa , cepat betul bosan .
Aku berdiri di hadapan office sekolah baru aku sambil menantikan kehadiran Cikgu Nurul yang in Charge untuk arrange aku . Aku mengelamun , teringat kembali detik aku meninggalkan Sara . Sara terkejut beruk bila aku dumped dia macam tu je , yang aku perasan dia menangis sebelum aku blah macam tu je . Tu lah sape suruh Queen control , kalau tak mesti aku dah stay . Hah lantak lah dia tu .
“Kamu Amir ke ?” Tetiba ada orang menyapa .
“Haah ye saya”
“Saya Cikgu Nurul , ikut saya . Saya tunjukkan kelas”
Dari belakang aku membontoti Cikgu Nurul , tiba-tiba ada satu virus jahat masuk mempengaruh minda aku . Aku mula mengira ukur lilit badan Cikgu Nurul . Babi betul setan mana hasut aku ni sial . Tiba di kelas 5Amanah . Masa terhenti , semua pelajar yang tadinya sibuk macam menteri tiba tiba berhenti seolah-olah aku ni menarik perhatian mereka tapi memang kebiasaannya kalau ada budak baru mesti jadi scene macam ni . Tapi for real , aku paling benci betul scene nak kena kenalkan diri kat depan ni .
“Okay Cikgu kenalkan ni Amir , dia akan jadi sebahagian dari kelas kamu sekarang”
“Selamat berkenalan” sapa aku
Serentak dengan itu semua terus sambung buat keje dan memaling dari aku , fuhh sombong nak mampos . Ahh lantak korang lah .
“Okay Amir boleh duduk kat seat kosong tu ye” kata Cikgu Nurul .
“Ahh ye , terima kasih cikgu”
Aku terus berlalu duduk di seat kosong itu , seorang pun tidak pandang dan jauh sekali untuk tegur . Em bagus jugak , aku pun takde mood nak keluarkan suara harini . So , overall , first day is fcking really boring . Mungkin disebabkan aku budak baru kat sekolah ni dan langsung tak kenal seorang pun membuatkan kenakalan aku terbatas . The next , masa rehat , ada seorang mamat ni tegur
“Bro”
“Ha ye ?”
“Kau ni budak baru kelas aku tu kan”
“Haah , kenapa ?”
“Aku Hamzah”
“Ohh aku Amir”
“Kalau kau sudi lepak lah dengan aku , geng aku pun ada sekali”
“Kenapa pulak eh”
“Aku taknak kau kena cop sombong je , dah aku gerak lu ada keje sikit”
“Ahh bebaik jalan”
Hmm okay lah so far ada jugak budak kelas nak ajak bergaul , yelakan . Jarang budak baru dalam kelas akan mulakan pergaulan , budak dalam kelas sepatutnya yang jadi host dalam menyambut pelajar baharu seperti aku ni . Aku sambung makan nasi goreng , baru aku nak suap sesudu nasi goreng ni dalam mulut tetiba seorang perempuan duduk depan aku . Perkara pertama yang menerpa aku adalah perfume dia , pehh dia nak goda aku ke apa .
“Hai” sambil senyum kat aku
“Hai”
“Senyum lah sikit bila orang tegur”
*senyum
“Wow comel jugak awak senyum eh”
“Eh mana ada”
“Saya Zila”
“Ohh saya Amir”
“Ehh btw see you in the class okay , I got to go”
“Okay”
Wah , apakah semua ini . Rezeki aku ke ? Dia nak goda aku ? Aku ni charming sangat ke siap kata aku comel ? Okay apa kata mulakan jadi secret admirer macam aku buat kat Sara dulu . Malamnya aku tulis poem dan beberapa line ayat pujangga sikit kononnya nak pikat lah . Pagi itu , aku datang awal ke sekolah dan letakkan surat yang telah dicampur dengan bedak sikit biar wangi dalam meja Zila . Aku buat2 tido , dan buat2 tersedar setelah dengar suara Zila .
“Eh Amir awal sampai”
“Hmm serik ah nama asyik kena tulis je”
“Oh sorry kacau Amir tido”
“Hmm”
Zila letakkan beg dan kemas meja belajarnya , dalam mejanya banyak sampah dan dia kutip kesemuanya termasuk surat aku dironyokkan dan buang dalam tong sampah . Babi . Memang sah ni drama Melayu , benda sama berulang kembali . Sekali lagi , aku kecewa , hampa , berkecai . Takpe , tunggu time rehat . Aku tulis satu lagi , kalau tak menjadi jugak lantak ahhh . Kalini poem aku letakkan dalam buku dia . Serious sebiji macam aku buat kat Sara dulu , entah-entah dua orang ni ada connection kot . Waktu buka buku teks dia perasan . Dia baca

Hi there , I dont mean to be your stalker
And make your life in misery and fear
Just stares your pretty eyes from hear
I might be so far and may be so near

– Mr Stalker –
Expression muka dia berubah , dari tepi aku nampak macam serious muka dia . Then kawan dia perasan and tegur
“Uyooo zila kau ada secret admire lah”
“Ish mana ada kau ni”
“Abis yang kat tangan kau tu apa”
“Mana ada apa apa”
“Eh blushing lahh zila ni”
Aku hanya tersenyum ringkas bila melihat Zila senyum , aku tak sangka ayat aku boleh buat dia tersenyum tapi aku tak pernah terpikir untuk memiliki dia . Sebab aku rasa dia macam dah ada pakwe , orang secantik dia takkan lah takde . Jadi aku hanya mampu jadi stalker dia je lah , dapat tengok dia senyum sebab baca surat dari aku pun dah kira okay dah .
Hari Sabtu iaitu hari cuti bagi pelajar sekolah yang macam aku ni sepatutnya duduk rumah dan sedang tido lagi tapi aku tak , sebab ibu aku hantar aku pegi tuition . Ahh benci betul , dah lah mengantuk lepastu bilik tuition ni pulak macam nak beku aircond dia pasang . Aku sampai sekarang tertanya tanya dia ni buat tuition dengan suhu bilik yang macam duduk kat Australia ni nak suruh budak ni belajar ke atau tido sebenarnya . Yang lagi aku pelik , bila ada budak perempuan ni yang pakai skirt . Jadah dia kulit dia ni menyerap suhu sejuk and keluarkan haba ke macam mana ? Tapi tiba2 aku terbayang kalau kalau Zila berpakaian macam tu , pakai skirt . Perghhhh . Abis saja kelas , aku keluarkan handphone untuk call ibu aku suruh amik . Belum sempat aku dail butang pada skrin , dua orang kawan tuition aku ni ajak aku lepak . Nama dia Balqis and sorang lagi Syaf , dua orang ni jela yang aku rapat sejak aku pindah . Aku pun amik keputusan ikut diorang .
“Weh kau layan mamak tak ?”
“Eh layan lah”
“Kitorang memang selalu lepak Sayed Bistro ni”
“Aku tak kisah”
And aku ikut Syaf duduk di meja yang kawannya seorang lagi duduk , aku tak kenal and tak pernah nampak .
“Amir kenalkan ni kawan kitorang Reena”
“Hai , reena”
“Apa hai hai , kau jangan ingat aku ni makanan kau aku terajang kau kang” Reena bersuara
“Takpe mir biar dulu , dia memang ceni”
Fuck belagak nak mampos , macam lah aku nak try kau lahanat . Excuse me lah . Tapi yang aku nampak muka dia jelas macam ada masalah .
“Reena awak okay ?”
“Why bother ? Did you look like I care ?”
Kicap lah perempuan ni , pms ke apa sial . Aku tanya bebaik . Ahh lantak kau lah . Aku capai handphone sebaik saje notifikasi masuk . Dan mesej itu datang dari Diela . Oh ye , aku lupa nak cerita siapa si Diela ni . Diela ni awek baru aku , dalam masa aku jadi stalker Zila and baru kenal si Reena period ni , aku pernah chat dengan Diela ni . Kononnya memula nak kenal biasa je but then she asked me to be her boyfriend dan aku accept buta buta gitu je . Janji aku ada awek .
“Bie awak kat mana ?”
“Bie tgh tunggu ibu amik ni”
“Yelatu , entah dgn betina mana tah tu”
“Takde lah i sayang u je”
“Emm ok then belikan i topup”
“Ok”
Before aku balik , Syaf cakap kat aku
“Eh kau jgn terasa sgt dgn Reena tu”
“Perangai dia mmg centu”
“Dia period ke apa ?”
“Dia baru lepas dumped boyfriend”
“Sebab ?”
“Sebab boyfriend dia tu pussy hunter and suka mengarah dia”
“Takpe aku tak kisah sangat”
“Nah ni no tepon dia”
“Ehh nak buat apa”
“Kau kenal kenal lah dgn dia”
“Taknak ah aku”
“Sekarang cakap taknak later on sape tahu”
Jadah dia aku nak suka perempuan macam tu , dah macam laki dah aku rasa . Ganas . Tapi takpe lah aku simpan jela dulu . Tetiba satu panggilan masuk dari Diela .
“Bie awak kat mana tu”
“Baru nak balik ibu baru sampai”
“Yelatu tah tah dgn betina sundal”
“Takde lah”
“Okay belikan i topup jangan lupa”
Tetttt , dia terus letak phone . Cibai tak sempat aku nak cakap . Haih nasib lah sayang .
Beberapa hari dah berlalu , dan aku tengah bosan. Aku capai phone dan baru nak main game tiba2 aku teringat yang Syaf ada bagi aku nombor Reena . Emm apa aku nak buat dengan nombor dia , nak call kang dia maki aku lagi macam haritu . Takpe lah aku cuba .
Tet tet tet tet
“Hello”
“Hello”
“Ni Reena ke”
“Yes , and who is this”
“I kawan Syaf , Amir”
“Ohh that guy yang menyampah kat i haritu”
“Ehh mana ada”
“Tengok tu dah menipu , lelaki mmg suka tipu eh”
“Ehh serious lah i okay”
“Hah ya whatever penipu , and what makes you have a ball to call me ?”
“I cuma nak kawan je”
“Lelaki kalau cakap nak kawan it means dia akan mintak lebih dari tu someday”
“Ehh serious lah nak kawan je lagipun i dah ada awek”
“Ada awek ke takde sama je , lelaki kan cheaters”
“Em okay lah kalau centu sorry ganggu”
“Okay si penipu”
Panggilan dimatikan . Babi punya perempuan , aku call cakap bebaik dia perli aku . Lahanat . Dia ni memang emo ke apa sia , tau lah baru lepas dumped boyf dia takyah lah sampai aku sekali jadi mangsa . Fuck . Kan dengan aku aku sekali dah jadi emo . Dah lantak dia lah , malas aku layan . Baik aku layan Awin . So Awin ni sape pulak ? Okay ni sebenarnya aku kenal masa dekat facebook , time tu dia ada up status mintak tolong teman dia gi beli barang then aku on chat dengan dia aku menawarkan untuk teman dia seharian . Lagipun aku tengah bosan takde buat apa masatu , so sejak tu kitorang terus bercontact even aku ada awek pun dia rilek je . Sebenarnya haritu dia macam bagi hint yang dia suka kat aku . Aku tau dia suka aku tapi aku buat2 tak perasan , sebab aku sendiri pun suka dia tapi yang tu dia taktau sebab aku memang tunjuk keras je depan dia . Kiranya aku dengan Awin ni macam crush crush gitu ah . Awin nak kata lawa dah lawa , comel pun dah comel , baik pun ye , badan baik gebu . Tapi aku macam taknak gelojoh sangat terus nak propose dia . Aku macam main tarik tali dengan dia . So aku pun dail nombor dia . tut tut tut tut
“Hai Awin”
“Eh Amir”
“You busy ke”
“I nak kata busy macam tak busy , nak kata tak busy macam busy”
“Aik boleh pulak macam tu”
“Ada apa you call i ni amir”
“I ingat nak ajak you keluar dgn i lah”
“Ehh jap , betul ke ni Amir yang I kenal”
“Eh kenapa cakap macamtu”
“Yela biasa I yang ajak you”
“Anggap lah kalini tuah”
“So kita nak keluar bila ?”
“This Saturday ?”
“Okay boleh je , deal eh ?”
“Deal”
Seperti yang dijanjikan , hari sabtu aku keluar dengan Awin . Aku mengenakan tshirt topman dan seluar dari butik Mango for Men serta kasut dari Vans . Awin pula ringkas baju tshirt lengan panjang plain , dan seluar skinny , serta kasut adidas plain putih . Itu lah perangai Awin yang buat aku suka kat dia . Ringkas . Tak serabut dalam pemilihan pakaian , takde labucci mahupun apa apa yang boleh menyemakkan mata . So kitorang decide untuk pergi tengok dekat MBO KSL City Mall , situ memang kawasan cina , nak harap melayu muka hanya several saja . So less possible sikit untuk aku berjumpa dengan orang yang aku kenal . Satu lagi perasaan yang buat aku suka kat Awin ni bila dia tak banyak cerewet and entah aku macam rasa selesa macam nak hold tangan dia , cium pipi dia and bisik “terima kasih buat aku selesa” . Tapi em aku tak berani , sebab pada pandangan aku Awin ni bukan mudah untuk disentuh melainkan dia mula dulu . So after tengok movie , kitorang singgah kedai makan dekat Plaza Pelangi .
“Mir awak okay ke ?”
“Ehh okay je kenapa ?”
“Pelik”
“Sebab ?”
“Yela biasanya I je yang ajak u keluar , ni tetiba u yang ajak”
“Ohh takde lah i takde teman”
“So i ni last choice lah ?”
“Ehh jgn pikir macam tu”
“U taknak cerita eh masalah ?”
“Takde i okay je , kalau ada apa2 i cerita dgn u”
“Tula , tak reti cari . Dah ada yang tunggu depan mata ni taknak layan”
“Ehh jom balik”
Seperti biasa aku matikan perbualan apabila soalan itu seolah berkait antara dirinya dan Awin , Awin kelihatan seolah-olah menunggu jawapan dari aku namun aku masih keliru dengan pilihan sendiri . Dengan Diela girlfriend yg gedik tahap gaban , dengan Zila yang aku admire , dengan Reena yang baru aku kenal , dengan Awin yang seakan berharap pada aku . Empat roda kereta berhenti di hadapan pagar rumah Awin , seperti biasa pandai amik pandai lah pulangkan balik anak dara orang . Namun situasi kalini sangat janggal sebab mereka berdua hanya terdiam kaku , tangan Awin mula menjalar memegang tangan aku . Aku membiarkan sahaja , ucapan terima kasih dilontarkan sejurus itu satu ciuman melekat dipipi aku . Aku bagai dipanah petir , kaku . Dan selang seminit baru senyuman dilontarkan aku . Serentak dengan itu , telefon berdering , nama Diela yang muncul . Dibiarkan sebentar hingga Awin turun dari kereta .
“Hello awak”
“Hah kat mana tu”
“Baru nak balik ni”
“Keluar dgn betina lah tu kan ? Jantan sangap”
“Apa awak ni tuduh saya macam tu”
“Abistu tengok bola ? Harini mana ada bola”
“Awak nak apa ni”
“Saya nak awak balik skrg lepastu belikan topup untuk saya”
“Topup lagi ?”
“Hah dah pandai berkira dah skrg ?”
“Yela yela”
“Ok bye”
“By… Panggilan dimatikan ..e..”
Perjalanan pulang kerumah tergendala sebentar kerana singgah di 7sebelas , not 10 dihulurkan kepada cashier tatkala dia pula menghulurkan Celcom 10 . Entah kenapa aku sendiri pelik , bagaikan kerbau dicucuk hidung aku hanya ikut perintah si Diela sedangkan hati aku jelas membentak segala tindakan dia . Angka digit ditaip dan dihantar melalui pesanan . Enjin kereta dihidupkan dan teruskan perjalanan pulang ke rumah , sesampai dirumah ibu masih belum tido dan katanya next week akan pulang ke kampung kerana ada tahlil arwah atok dan nenek . Bila difikirkan balik entah sudah berapa musim aku tak pulang ke kampung , ada saje alasan tiap kali mereka ajak ku pulang ke kampung . Bukannya apa , aku cuma tak berminat nak bersemuka dengan salah seorang makcik aku yang mulut celaka tu . Ada je nak burukkan pasal orang , pernah jugak aku terpikir nak balas dendam dengan rogol anak daranya tapi aku batalkan niat . Aku dengan bersahaha terus melangkah masuk ke bilik di tingkat atas . Aku keluarkan telefon dari kocek seluar dan mendail nombor Diela . Kali pertama gagal , kali kedua gagal jugak dan kali ketiga baru menyahut .
“Hello awak”
“Hah pehal ni call”
“Asal tak angkat”
“Ehh i busy lah ingat nak kena layan u je ke”
“Dah dpt topup ?”
“Dah”
“Next week saya balik kampung”
“Nak cari betina sampai sana pulak ?”
“Ada kenduri tahlil lah”
“Ohh ha ok”
“Mungkin … *panggilan dimatikan”
Mungkin ada betulnya jugak apa Awin tu cakap , aku ni desperate nakkan nak awek . Sampai amik yang jenis naharam , padahal yang baik dah sedia tunggu depan mata . Telefon dicampak saja ketepi , lantas aku rebahkan badan dikatil yang dihiasi tilam Lorenzo yang empuk dan lembut , sekilas itu mata aku terus pandang kearah kipas yang berpusing . Fikiran ku perlahan-lahan berlari seiring pusingan bilah kipas disiling . Pejam celik pejam celik pejam dan terus pejam buatkan aku terus diulit lena tatkala diluar hujan mulai rintik-rintik . Gelap .
Cahaya matahari mula memancar menembus kulit mata yang melindungi anak mata ni , aku bangun menegakkan badan walau dalam keadaan malas . Pantas norma kehidupan aku lakukan dengan mengeliat kononnya untuk merasakan sedikit kesegaran , tapi ternyata senaman sebegitu tidak cukup membantu untuk aku hilangkan rasa mengantuk . Termenung seketika , kata orang termenung di waktu pagi lepas bangun tido ni agak berguna sebab boleh melapangkan minda . Dan ya betul minda aku betul-betul kosong , nak pikir apa pun taktau . Aku dikejut dari lamunan dek jeritan ibu dibawah yang menyuruh aku segera mandi kerana nak bertolak pulang ke kampung , aku bangun sambil melakukan sedikit renggangan sebelum mencapai tuala dan menuju ke bilik air . Seusai mandi , aku terus menyarung pakaian sebab kalau aku duduk dan lambat2 pakai baju maka niat tu terus terbantut . Pasti aku akan rebah dan tertido semula . Perjalanan pun dimulakanan , baru berapa minit aku dah mula terlelap . Sedar sedar saje dah sampai kampung , lantas tangan saudara mara aku salam setiap seorang sebelum aku keluar semula untuk berasap . Aku keluarkan mode mekanikal aku dan titiskan berapa titik perisa Mango Lassi . Asap disedut dari rokok elektronik , fuhhh sejuk sikit mulut , macam fresh gitu . Setelah 2round aku pun masuk semula ke dalam , cuba membantu apa yang patut . Tapi tiap kali nak tolong mesti dihalau kedepan , katanya dapur ni orang perempuan punya . Haih dahtu nak suruh sembang dengan pakcik-pakcik ke apa . Dah lah sedara pun banyak perempuan je . Aku tak pikir panjang , pegi kedepan amik bantal terus tido . Aku lebih rela tido dari bebual politik dengan pakcik2 ni haa . Sebelum tahlil bermula sempat lagi makcik aku menyakat
“Mir mana awek hang”
“Ish manada awek makcik ni”
“Abis haritu makcik nampak hang gi tengok wayang”
“Tu kawan jela , amir sedar diri amir”
“Nak makcik recommend kan tak ?”
“sape pulak makcik nak recommendkan ni”
“Tu *sambil memuncungkan bibir kearah gadis hitam manis , “kawan sedara hang jugak”
aku terdiam seketika , kaku . Uish kenapa berdebar tetiba ni .
“Hah mengelamun apa tu , baru tunjuk kejap takkan dah sampai masuk hati”
“Ehh mana ada makcik , takpelah saya kedepan dulu”
Dalam hati aku borak sendirian , sape pulak awek ni . Comel pulak muka dia dengan kulit hitam manis , baik pun macam baik hmm . Okay jap jap sekarang ni macam mana aku nak bertegur . Okay fikiran celaru , idea lama semua tak boleh guna . Ahh nanti lah , settle kan lepas tahlil lah . Tahlil pun dimulakan selepas Isyak . Seusai selesai majlis , aku keluar sebentar untuk berasap , ya untuk menjana pemikiran ku ni agar jadi lebih cergas walhal sebenarnya ia hanya merosakkan paru-paru . Kalau ajal dah sampai takkan boleh elak . Okay aku masuk dalam semula bila otak dah cergas , aku dah dapat idea . Aku nak cuba cara ni . Masuk je dalam aku nampak awek tu sedang kemas pinggan letak dalam dulang untuk dibawa ke dapur , aku tak pikir panjang terus mendekatinya untuk menolong . Hah ni plan aku sebenarnya tapi taktau pulak dia dah lead dulu . Okay nampak lah jugak muka dia macam malu-malu , heheh entah kenapa kali ni aku rasa agak sedikit nakal aku ni . Dia hanya letakkan pinggan dan mangkuk dalam dulang , sementara tangan aku bersedia untuk mengangkat dulang . Baru sahaja dia nak mengangkat dulang , berdezzup aku angkat dulu lepastu mula lah drama biasa
“Eh takpe biar saya bawak”
“Takpe takpe saya boleh tolong”
“Eh tak payah lah ni kan keje perempuan”
“Takpe kalini saya tolong”
“Haih”
Dia mengeluh sebelum mula mengekori aku dari belakang , dia menyuruh aku untuk hanya meletakkan saja dulang di dapur nanti dia basuh . Tapi tak , aku jugak tolong basuh . Dia hanya mampu mengeluh , makcik aku tergelak kecil mungkin dia tahu niat aku . Tetiba suara ibu kedengaran
“Amboi kau ni mir mimpi apa tetiba basuh pinggan mangkuk”
“Saje je bu takde apa nak buat”
“Ye latu , ni mesti nak ngorat si fatin ni kan ?”
“Ohh fatin ye nama dia , dia taknak cakap lah bu”
“Dah dah hang pi depan , biar orang perempuan buat keje kat dapur”
Sebelum beredar aku sempat lemparkan senyuman buat fatin . Dia hanya diam tak membalas . Ya aku paham , mungkin dia malu dengan ibu aku dan makcik2 aku semua kat situ .
Aku pun beredar ke depan dengan langkah yang penuh semangat , konon-konon macam hero baru lepas selamatkan gadis yang cedera lah . Then bila aku kedepan aku taktau nak buat apa , jadi aku terus capai bantal dan jadikan alas lembut untuk kepala ni hah . Kelihatan adik sedara aku yang kecoh gila bila jumpa sedara yang lain , lari sana sini main itu ini , hmm terimbau pulak kenangan . Dulu pun masa kecik-kecik aku macam tu jugak main lari-lari , sepahkan bantal , main gaduh-gaduh tapi akhirnya bila meningkat dewasa jumpa pun dah jarang sebab masing-masing dah malas nak balik kampung . Hidup remaja bila dah ada kawan sendiri mesti lah berat nak balik kampung sebab takut bosan . Hah ni lagi satu masalah dengan program tv yang langsung tak menarik minat aku , buatkan aku bertambah bosan dan mengantuk . Aku bergolek dari kiri ke kanan , kanan ke kiri . Bukak phone scroll twitter , tutup . Benda sama diulang namun jelas aku bosan , aku buat keputusan untuk lelapkan mata . Ya pandangan mula samar dan akhirnya gelap , aku terlelap .
Pagi esoknya aku terjaga awal memandangkan kampung ni penuh dengan sedara mara , jadi mereka punya perbualan di waktu pagi tu dah macam sembang kat kedai mamak . Baru bangun pagi dah sembang macam ni , macam alarm dah aku rasa . Takpe , lagi pun aku memang nak kena bangun awal sebab nak bertolak pulang waktu pagi after breakfast . Sewaktu mandi , fikiran tidak henti melayang , sentiasa mengelamun antara aku dan fatin . Memandangkan hubungan aku dengan diela sudah pun terlerai kerana aku tak larat dan dia pulak kantoi ada laki lain . Itu pun lepas aku dapat info dari Syaf . Setelah mandi , aku masuk ke bilik untuk menukar baju segar sikit kepala aku pagi tu , aku lekas capai handphone dan on data , notifikasi masuk , banyaknya datang dari group dan tiba2 satu lagi notifikasi masuk apabila secara mengejut Awin menghantar pesanan ringkas berbunyi

“amir i think I cant hold it anymore , seriously iloveyou amir” .

Berdezzzuppp jantung aku , bagai dipanah petir . Kepala ku sedikit ringan masih dalam keadaan sedar dan makin lama makin terisi dengan sesuatu yang aneh . Diikuti peredaran masa yang tak pernah berhenti melainkan “stopwatch” yang boleh dikawal manusia , ya ternyata kepala aku sedang memproses masuk data-data untuk aku mengelamun mengecap kebahagiaan bersama Awin . Sebenarnya aku tak pernah tak terfikir akan Awin , setiap kali waktu senggang mesti Awin yang aku nampak ligat bermain di kepala , kadang waktu aku “naik sheikh” Awin jugak mangsa bayangan aku di atas katil tatkala berasmara bersama tanpa sehelai benang yang melilit tubuh badan . Aku rasa Awin boleh ngam dengan aku , dan dia tak pernah menolak tiap kali aku ajaknya kemana-mana namun aku belum pernah lagi check-in bersamanya di hotel untuk melampiaskan nafsu . Sedikit pun tak pernah terdetik . Pada saat ini jelas hati sedikit gembira , yela dengan tiada lagi halangan dari siapa siapa , hanya dia dan diri aku . Lalu aku membalas pesanan ringkasnya
“Im sorry to make you waits for me for a long period and I want you to know , I want to be with you”
Ayat macam ni , kalau dapat kat perempuan siapa je yang tak suka . Lagi2 bila orang yang mereka suka tu yang balas dengan jawapan sebegini . Aku pun taktau pasal apa tah aku berani sangat balas macam tu , macam ada tenaga baru ni . Saat ini , hati aku sudah tidak keruan , terasa ingin sekali untuk balik dengan segera bertemu dengan Awin . Peluk , genggam tangannya , cium dahi Awin dan macam lagi lah . Sebab memang dari dulu , Awin saje yang paling banyak dengar masalah aku , yang sentiasa faham aku , yang amik berat pasal aku walaupun kami pada awalnya berkenalan hanya di laman MukaBuku . Aku tak pernah terfikir bahawa dia akan hadir menyerikan hidup aku sebegini , aku tewas dengan Awin kalini . Sepanjang dalam perjalanan , aku mengelamun dalam kereta dan turut dibayangi alunan muzik dari corong radio . Selepas itu , macam biasa , aku tertido . Mungkin itu memang perkara biasa kalau aku hanya jadi penumpang dalam kereta .
Sesampai di rumah , aku terus masuk ke bilik . Tak sabar katakan , saat ini aku sedang berimaginasi bahawa Awin sedang tunggu aku dalam bilik menanti ketibaan aku . Tapi sebaik saja aku bukak pintu , tiada apa yang berubah . Semuanya elok sahaja seperti mana aku tinggalkan . Aku keluarkan handphone dari poket seluar dan terus mendail nombor Awin .
“Hello”
“Hello Awinnnnnnn”
“Aik pelik semacam awak ni”
“Ehh mana ada” *dengar nada riang
“Baik awak cakap awak kenapa ni”
“Saya rindu awak je”
“Eleh mengada , sebelum ni tak macam ni pun”
“Sebelum ni lain, tapi sekarang ni dah lain”
“Hah awak nak apa , saya baru nak mandi”
“Jom keluar ?”
“Okay bagi saya mandi dulu”
“Nak ikut mandi sekali boleh tak”
“Eeee nakalnya awak ni”
“Hahaha okay later bagitau kalau dah siap”
“Orait”
Selepas Awin siap , aku terus menjemputnya dirumah . Lawanya dia harini , hari hari lain pun lawa cuma kalini seri dia lain macam , barangkali happy nak bersama aku kot .
“So kita nak kemana ?”
“Wayang ?”
“Saya okay je”
“Lawa awak harini”
“Hah mula lah tu”
“Betul lah sayang”
Aku gelabah secara tak sengaja bila terlepas perkataan “sayang” tadi , Awin memandang aku , aku memandang Awin . Dua dua rasa ganjil dan berpaling semula dengan tawa malu . Alahai dah macam drama yang biasa ditonton dikaca tv3 dah ni . Handbreak dilepaskan , gear ditolak pada D . Pedal minyak ditekan dengan cermat , roda empat mula berputar menuju kemana saja mengikut arah stereng kereta diputar . Aku memandu menuju Aeon Bukit Indah , salah satu pusat beli belah yang jugak boleh dikatakan lebih ramai Cina berbanding Melayu , namun itu bukan penghalang untuk aku menonton wayang bersama Awin disitu , bak kata orang cinta itu tiada penghalang . Cewah bab merapu memang aku lah master nya . Aku mencari parking di sekiling kawasan , ada satu spot , bila aku baru sahaja pusingkan stereng untuk parking sekali ada kereta kancil rupanya . Ya , memang celaka benar aku menyumpah dalam hati walhal aku tonjolkan ketenangan . Memang aku selalu dipermainkan oleh kereta kancil di tempat sebegini . Pusing punya pusing akhirnya jumpa , dengan tenang kami keluar dari kereta . Entah angin apa singgah dalam badan aku , aku lantas berani memimpin tangan Awin . Awin seakan mahu tersenyum tapi dia cover mungkin malu bercampur happy . Aku menuju ke kaunter dan membeli tiket untuk 2orang cerita Munafik . Ya aku tau Awin ni jenis selamba je walaupun tengok cerita seram , bagi dia taklah seram sebab kalau nak diikutkan Malaysia punya seram ni masih biasa je , lagipun speaker je lebih katanya . Aku pun angguk saja , jenuh aku beratur , panjang baq hang . Aku lupa harini hari Sabtu . Patut lerr ramai , dengan bebudak sekolah lagi , keluarga , pasangan bercinta . Awin memandang ke satu arah dimana pasangan cina dari tadi dari masa aku beratur , asyik bercumbu , melekatkan bibir antara satu sama lain . Tak penat ke lama lama cium , baik balik rumah beromen terus kata hati aku . Lalu berbisik pada Awin
“awak nak macam tu jugak ke”
“Ish dia ni , mandai je” sambil cubit aku
“Kalau nak cakap , nanti dalam kete kita buat” balas ku nakal

Aku dengan Awin keluar dari pawagam dengan keadaan yang biasa , tak banyak bercakap . Macam hero dan heroin je rasa lepas tengok Munafik yang bagi mereka yang lain agak seram , sepanjang filem ditayangkan aku sempat jugak menguap , Awin pulak , tangan tak henti-henti menjalar cuba mencari sesuatu pada tubuhku . Aku hanya membiarkan sahaja , namun dalam masa itu , aku dapat rasa sesuatu yang kurang senang . Aku rasa macam diperhatikan sejak dari awal . Aku hanya membiarkan sahaja dan terus melingkarkan tangan memeluk Awin . Awin terus melandaikan kepalanya di bahu ku . Sehingga lah cerita habis dimainkan . Aku boleh bagi 8/10 untuk filem ini , sebab aku ada menguap sekali . Sebelum ke parking lot , sempat kami berpusing melihat-lihat apa yang ada dalam Aeon ni . Awin singgah di kedai untuk melihat baju serta tudung yang dijual , aku pulak duduk luar sebab aku memang tak pakar dalam hal ni . Dalam pada itu , aku perasan seseorang yang agak mencurigakan bagi aku . Seseorang dengan pakai jaket hitam , seluar skinny jeans , kasut vans white black , bertopi serta cermin mata . “Dalam mall pun pakai cermin mata ? Wow dahsyat , memang mall sekarang semua panas kan , sinaran mentarinya” perli ku dalam hati . Dia pun berlalu pergi . Aku pun segera ke arah Awin apabila dia memanggil dan terus bergerak ke arah parking lot . Lengang . Aku kunci pintu kereta , risau . Kot kot ada pencuri ke penyangak nak rompak aku . Aku mencari lubang kunci untuk dimasukkan kunci , seraya itu

“Amir” suara Awin perlahan
“Yes dear”
“Iloveyou”
“Iloveyoutoo dear”
Dalam perjalanan , aku masih teringat manusia yang mencurigakan tadi . Aku rasa macam pernah nampak , dari gaya dia jalan , kulit dia . Tapi aku tak berapa nak ingat . Aku memberhentikan kenderaan setelah tiba di parking . Kami singgah sebentar jalan2 di satu pusat pelancongan yang semakin tenggelam namun masih mampu mengulit kenangan iaitu Danga Bay . Tempat yang suatu ketika dulu paling meriah dengan riang tawa kanak2 bermain di taman , bunyi hentakan dari geseran skateboard pada satu batang besi . Ya dulu tempat ni jugak merupakan tempat anak muda beriadah , penuh dengan family hujung minggu singgah . Namun kini ia sedikit tenggelam apabila taman sudah tidak lagi penuh , skatepark yang semakin usang , gerai2 yang semakin tutup kerana pendapatan yang tidak menetap . Aku berhenti dan duduk di satu bangku yang menghadap ke arah lautan yang memisahkan antara Malaysia dan Singapura , sambil Awin hanya ikut sahaja .
“Awak okay mir ?”
*aku tenggelam dalam minda sendiri
“Amir , awak okay tak ni”
“Huh , eh saya okay je”
“Menung apa tu”
“Tengok laut je”
Tiba2 satu pesanan masuk ke peti simpanan handphone , lantas aku mengeluarkan handphone tersimpan di poket seluar . Aku tengok nombor itu tiada dalam simpanan contact ku , terus aku bukak sms berkenaan .
“If you feel something like follows you , its me , your nightmare . Better you check on your ex-crush Zila”
Aku rasa hairan sambil buat muka , sape pulak ni , kenal aku ke dia ni . bisik ku sendiri . Namun entah kenapa aku seakan menuruti arahan dia , dan terus dail butang panggilan ke Zila . Panggilan pertama tidak berjawab . Aku cuba lagi , dan kalini berjaya namun suara seakan wanita berumur yang menjawab dalam tangisan .
“Hello siapa ni”
“Hello makcik , zila ada ? Ni Amir kawan sekelas dia dulu”
“Zila dah takde nak , baru je dikebumikan petang tadi”
Aku terkejut , terkejut seakan kalah terkejut beruk .
“Innalillahiwainnailaihirojiun , sekejap lagi saya datang ya makcik”
“Ya baiklah”
Panggilan dimatikan , fikiran aku terus bercelaru . Apa sebenarnya terjadi , sape yang buat , apa sebab dia , kenapa Zila . Aku lantas tarik tangan Awin menuju ke kereta , Awin hanya terkapai-kapai mengejar langkahku yang pantas tak bertempat . Enjin kereta dihidupkan dan terus memecut ke rumah Zila di Tebrau Jaya . Awin berulang kali tanya apa jadi , aku hanya membantu sambil berkata
“Awak ingat lagi Zila yang saya pernah suka tu?”
“Zila ? Crush lama awak tu ?”
“Ya *sambil mengangguk”
“Kenapa dengan dia”
“Dia baru meninggal petang tadi”
“WHAT !!! Sakit apa ?”
“I dunno , lets find out at her house”
Terus aku memecut , tak pernah aku bawak sebegini laju bila ada perempuan dalam kereta . Tapi kalini aku terpaksa . Sesampai saja di rumah Zila , aku terus beri salam dan mencari ayah Zila , sementara Awin hanya ikut aku .
“Assalammualaikum pakcik , saya Amir dan ini Awin , kami kawan Zila”
“Ohh kamu rupanya Amir”
“Apa maksud dia ni *bisik hati ku”
“Btw pakcik , apa dah berlaku sebenarnya”
“Pakcik pun taktau nak cakap macam mana , zila balik dari keluar dengan kawan dia semalam terus masuk bilik , memang selalunya dia macam tu , jadi mungkin terlelap lah pakcik rasa . Tapi bila pagi tadi tak keluar sampai ke tengah hari mak dia bising , pakcik ketuk pintu tak bukak bukak . Nasib ada kunci spare bilik dia , masuk je bilik tengok dia dah tak bernafas . Doktor kata akibat lemas , mungkin kena tekup dengan bantal . Tapi takde pulak tanda pecah masuk , pakcik pun musykil .”
“Masha Allah , sape lah tergamak buat benda ni semua , apa motif dia .”
“Kamu ni macam mana boleh tau pasal hal ni”
“Oh saya call handphone Zila tadi ingat nak ajak keluar makan sekali dengan kami , lepastu makcik yang angkat cakap pasal ni”
“Zila tu banyak bercerita pasal awak ni Amir”
“Hah ? Pasal saya ?”
Aku mula pandang Awin , Awin berlalu masuk untuk merapati makcik .
“Dia kata awak baik”
“Ehh saya buat apa yang perlu je”
Sejak berborak seketika dengan pakcik sebelum pulang tadi , aku masih terfikir siapa dalang di sebalik semua ni . Kereta diberhentikan di hadapan rumah Awin . Sempat aku berpesan supaya masuk dalam terus mandi dan tido . Dan aku beritahu dia aku akan sibuk untuk tempoh yang tak berapa lama . Sebenarnya aku tau ni semua ada kaitan dengan sms tadi , dan aku amik langkah awal nak elakkan Awin jadi mangsa jugak . Sepanjang perjalanan aku pikir kan hal ni , namun tiada jawapan . Masa di bilik , aku cuba dail nombor penghantar sms misteri tu tadi , tapi gagal . Mungkin dalam airplane mode . Aku biarkan dulu , lalu bergegas capai tuala dan menuju masuk bilik air . Segar sikit rasanya , aku turun pergi dapur , rumah sepi , pelik . Aku panggil “ibu” dan “ayah” , namun tak menyahut , lagi lah pelik . Aku ke ruang tamu semula melihat halaman , kereta mereka ada . “Mana pulak diorang ni” bentak hati ku . Aku ketuk pintu bilik sebelum masuk , bila saja masuk aku lihat mereka seakan tidur namun dalam keadaan yang jengkel . Dan terdapat sesuatu yang mengalir dari kepala , aku dekati mereka dan calit cecair itu “apa ni , DARAH !! SHIT !!!!” Aku jerit sekuat hati hingga aku tersedar dari tidur .
Aku bangun dari tidur . “Lah mimpi ke semua tu” sambil aku memegang seluruh tubuh ku , aku tampar sedikit pipi untuk memastikan keadaan . Ya memang benar mimpi yang mengulit tidur aku tu seakan perkara benar yang jadi . Ibu bukak pintu bilik sambil melihat aku dalam keadaan berpeluh .
“Dah kenapa kau jerit macam nak beranak”
“Tah mimpi je kot”
“Hah tu lah time maghrib tido , dengan tak basuh kaki , tak mandi . Memang patut pun”
Ibu pun turun semula , rupanya selepas habis menonton wayang bersama Awin semalam , aku balik pada waktu maghrib dan masuk bilik terus tertidur sedangkan niat hanya untuk lelapkan mata sebentar . Aku tengok jam sekarang , “shit pukul 2 dah” dengan nada terkejut macam biasa dalam tv tu yang orang lambat nak ke ofis . Padahal takde apa pun yang aku nak kejarkan sangat , aku capai handphone , banyak notifikasi yang masuk datangnya dari Awin . Ni mesti kes rindu ni , aku pun baca satu demi satu
“Amir”
“Where are you”
“Amir”
“Imissyou”
“Eee mana dia ni”
“Weh balas lah”
“Weh aku rindu ni”
“Gila betul mamat ni , aku terajang satgi”
“Balas lah ??”
And so on lagi , aku tengok banyak jugak dia missed call aku . Amboi tak sampai 24jam tinggal dah rindu sampai macam ni . Hmm .
Kini 3 tahun sudah pun berlalu , macam orang tua-tua selalu kata “pejam celik pejam celik” kejap je masa berlalu . Sedangkan masa nak tempuh tu , 5minit pun bagai dah lama rasanya . 3 tahun jugak lah aku bersama Awin , sama sama tempuh dugaan dan kegembiraan , semua tersemat di hati . Dari cantik jadi semakin cantik , sampai instagram aku pun penuh dengan gambar dia siap dengan caption cair leleh baq hang dan dia pernah jadi model part time . Namun aku dapat rasakan sesuatu kurang enak , aku tak tau sama ada ini permainan jiwa atau hasutan syaiton . Apa yang boleh aku gambarkan hanya lah Awin sentiasa di hati aku , naik turun dia ada bersama . Tapi aku benci diri aku sendiri , kenapa ? Sepanjang aku kenal Awin , jelas aku tak kenal dia dengan lebih dalam . Tapi jelas kenangan mengusik minda dan hati aku , meskipun 3 tahun tempoh kami bersama , namun hanya 2 tahun melalui realiti fizikal , setahun lagi hanya melalui memori . Ya , Awin dah takde , semuanya salah aku . Aku tak pernah tau dia ada penyakit hinggakan jadi lebih teruk hingga kanser tahap tiga . Sangat pelik jika aku kata aku sangat mengenali Awin sedangkan penyakit yang dia alami sejak dulu lagi pun aku tak pernah perasan walau seinci .
Cerita dia bermula pada setahun yang lepas dimana waktu itu , aku buat surprise untuk dia sempena birthday dia yang ke-22 . Aku siap hire birthday planner untuk birthday dia kali itu . Aku ambil dia macam biasa kat rumah , aku hanya beritahu untuk keluar tengok wayang but tak bawak dia tengok wayang pun . Aku bawak dia pegi satu cafe bernama Bigfood dimana segala surprise dah diaturkan , aku suruh dia tutup mata dan pegang aku masa berjalan tu . Masuk cafe aku terus ke couple table yang dah disediakan dengan berlatarkan hiasan gambar kami bersama serta belon-belon abjad “HAPPY BIRTHDAY” yang tersusun serta beberapa lagi belon biasa . Aku tarik kerusi dan suruh dia duduk but still belum boleh bukak mata . Aku minta waiter untuk bawa kek yang aku beli dari Secret Recipe dengan siap dinyalakan lilin . Diatas meja sudah tersedia sebuah hadiah dari aku , aku belikan handbag LV limited edition yang dia idamkan , itu pun lepas aku terbaca dari memo dalam handphone dia dan ada jugak tudung 2-3 helai . Para pekerja disitu yang sporting aku mintak tolong nyanyi sama lagu happy birthday apabila mata Awin dibuka , salah seorang pekerja memainkan gitar . Dan yang lain mulakan nyanyian , dan serta merta pengunjung lain juga turut menepuk tangan . Awin terkejut , dengan terlopong lalu menutup mulut dengan tangan seolah-olah tersentuh . Air mata mula berlinang dicelah pipinya pantas aku lap dan berbisik “inikan birthday awak , jangan nangis tak elok” . Aku minta Awin meniup lilin dan potong kek , dia hanya tersenyum dan terkedu sebelum ucapkan terima kasih . Kami ambil gambar bersama sebelum aku menghadiahkan satu gubahan bunga dan aku letak satu kotak kecil warna merah di dalamnya . Awin membuka dan terlihat satu bentuk cincin yang dihiasi permata kecil itu . Sekali lagi dia terkedu , kalini masanya agak lama , terdiam sebelum sekali lagi air mata menitis . Ya aku dah niat nak jalinkan hubungan yang lebih serious , aku nak bina rumahtangga bersamanya namun Haih susah jugak asyik nak nangis je budak ni . Aku sangat berterima kasih kepada mereka yang membantu aku menjayakan surprise ini . Itulah saat-saat yang aku rasa paling indah bagi Awin namun tidak bagi aku , kerana itulah perkara paling buruk pernah aku buat sehingga mengorbankan nyawa Awin . Semasa dalam kereta aku perasan Awin seakan lemah , aku cuba ajak berborak namun dia tidak sedarkan diri , aku gegas memecut ke hospital dan pada awal lagi doktor telah sahkan dia kini telah berada pada tahap 3 . Perisa strawberi dalam kek membuatkan dia tidak boleh bernafas dan menambahburukkan lagi keadaan dia , aku tidak pernah terfikir dia mempunyai alahan pada strawberi pada tahap yang teruk . Aku menyesali setiap saat sejak dari itu , dan yang paling teruk aku tak pernah tau dia ada alahan pada strawberi walaupun itu kali pertama aku lihat dia makan makanan yang mempunyai perisa strawberi . Aku menemani sepanjang malam dan sepanjang itu jugak dia tidak sedarkan diri , aku berada disamping dia di birai katil hospital sepanjang malam . Keesokan harinya ibu dan bapanya datang melawat dan aku hanya biarkan mereka bersama , sementara aku pulang ke rumah hanya untuk bersihkan diri . Waktu petang aku kembali ke hospital untuk tukar syif jaga dia , ibu dan bapanya pulang . Aku duduk termenung melihat Awin yang terbaring tak sedarkan diri , aku amik masa senggang sebelum bersihkan tubuhnya sikit-sikit dengan kain basah . Malam tu aku terjaga kerana rasa seakan ada pergerakan , sambil mata ngantuk aku perasan Awin tersedar . Lekas aku tekan butang kecemasan pada pangkal katil , seorang nurse datang dan mula memeriksa kondisi Awin . Nurse hanya kata keadaannya lebih baik dari sebelum ni , lega hatiku mendengarnya . Aku suruh Awin tidur semula untuk rehat secukupnya , dan Awin mula menggerakkan bibir sambil berkata .
“Amir iloveyou , saya happy sangat dengan awak . Ini bukan salah awak , saya okay , saya cuma perlu rehat” katanya . Aku mula pejamkan mata sambil mengamati bait-bait bicaranya . Air mata jatuh jugak , akhirnya aku tewas . “Saya nak tidur” katanya lagi . Aku hanya mengangguk sambil membelai kepalanya .
Keesokannya , aku terjaga dari tidur seperti biasa apabila seorang nurse mahu ambil darah untuk pemeriksaan . Namun nurse tu mula gelabah apabila Awin tidak juga bangun setelah dikejut . Aku mula beri perhatian , panik sebenarnya . Nurse periksa denyutan nadinya namun tiada , lekas dia panggil doktor . Dan doktor jugak mengesahkan Awin telah tiada . Aku keluar menuju tandas yang sedia ada , aku berdiri dihadapan cermin , kepala paip dipusingkan , air jatuh mencurah sambil tangan menadah air tersebut . Aku basuh muka sebanyak tiga kali sebelum termenung menghadap dinding . “Tak ini semua mimpi” hanya itu ayat yang bermain di minda ku berulang kali . Berulang kali sehingga aku tau aku takkan mampu menafikan kebenaran ini , terkesima hingga sedu sedan datang menyerang diri dan tanpa sedar aku mula menangis . Masih terngiang perkataan “saya nak tido” dalam kancah minda ku , sungguh jauh sekali sangkaan aku . Aku ingatkan dia hanya tido untuk dapatkan rehat yang biasa , tapi dia kini tido untuk selamanya dan boleh rehat sepuas-puasnya . Segalanya berjalan lancar , langit yang turut cerah menambahkan kelancaran pengurusan jenazah . Setelah mayat dikebumikan dengan kemas , talkin dibaca dan siraman air buat kali terakhir pada kubur Awin , semuanya bersurai . Turut sama keluarganya , hanya aku masih duduk terdiam kaku menghadap kubur Awin . Saat ini lah baru air mata aku menitis setelah hampir berapa jam aku tahan dengan lindungan cermin mata hitam yang aku pakai . Aku masih tak dapat terima semua ini , memang salah aku . Walaupun aku tau ajal maut di tangan Tuhan , tapi kalau Awin tak makan strawberi masa tu mesti semua ni takkan berlaku seawal ini . Aku bangun dan melangkah pergi dengan penuh penyesalan , semakin lama semakin jauh aku dari tanah yang masih merah itu dan terus meninggalkannya .
Sejak dari itu , aku terus hidup dalam ketakutan , serba salah , penyesalan yang membelenggu hati walaupun aku tau Awin takkan menyalahkan aku . Aku teruskan kehidupan seperti normal namun kalini aku lebih suka bergerak sendirian , tiada lagi keinginan hati untuk bercinta . Kemana sahaja aku pergi pasti akan ada kenangan yang datang mengulit , dari situ lah aku tau yang Awin sentiasa temani hidup aku walaupun tidak secara realiti . Segala wanita yang cuba datang , aku terus menjauh bukan kerana aku memilih tapi kerana aku masih cintakan Awin . Dia yang paling aku sayang , tak pernah sekalipun dia merungut , segala sikapnya buat aku selesa . Aku tau wanita sebegini memang ramai namun nak jumpa tu ? Ibarat cari jarum dalam jerami , payah . Tiada sebab untuk aku mulakan cinta baru , biarlah aku sendiri hidup bersama kenangan dan terus mekarkan ia melalui imaginasi . “Iloveyou Awin” itulah ucapan terakhir sebelum aku pejamkan mata . Gelap .
Suka bermonolog sendirian dan kuat berimaginasi
Posts created 1

One thought on “Berpisah

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: