Berlari dalam kotak insaniti

Aku bukanlah seorang penulis. Hanyalah seorang wanita yang ingin didengari, waima selalu menyendiri, seperti radio yang bunyinya bagai menunggu hari. Aku disini bukanlah untuk menceritakan soal pilunya hati disakiti kekasih ‘sejati’. Kerana bagiku, pilu itu semua kisah dulu, kisah lalu, yang cuma buat diriku haru dan biru. Kisah hari ini, adalah kisah sepi. Sepi seorang wanita yang rasa dirinya kian hilang dibawa arus insaniti. Sering terbawa bawa dengan imaginasi diri, tentang bahagianya mati walau dirinya masih belum layak digelar seorang mukmin sejati. Kian hari, makin sendiri, dengar nadi, dengar jantung hati, yang ku harap cumalah supaya ianya berhenti. “Jangan begini” ku cuba pujuk hati, ku tolak tepi, semua fikiran yang memakan diri, aku pilih untuk terus berlari. Kerana aku sedar jikalau aku pergi, tiada lagi panggilan manja ibuku dipagi hari, tiada lagi jenaka ayahku yang mencuit hati, tiada lagi keluargaku yang selalu menjadi penyeri hari, tiada lagi tawa riang rakan rakanku disisi. Dan kini, ku cuba cecahkan kaki untuk berpijak di bumi ini, cuba untuk hidup dalam realiti. Walau berkali kali aku telah rebah ke bumi, akan ku pastikan ku bangkit semula dan terus berdiri.

if i ask you how's the coffee, don't simply say "it's good". i want full explanation of the taste, the details and stuffs. yep, I'm that type of girl which some may says "the complicated girl". I guess that's enough for an about me column because it takes forever to know the real me aha bye.
Posts created 2

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: