Beritahu Aku

Beritahu aku

Bila kau nampak aku, apa sebenarnya kau fikir?

Sebab bila aku nampak kau, aku tak rasa kau pergi

Aku tak rasa kau hilang

Aku tak rasa benci

 

Beritahu aku

Bila kau lihat aku ketika aku tak perasan, apa yang fikir?

Sebab aku seakan air terjun mencurah curah

Tentang segala memori kau dengan aku

Segala rasa sayang aku pada mu

 

Beritahu aku

Bila mata kita bertembung, apa yang kau nampak?

Aku nampak kau, aku nampak kita

Kaku, aku terhenti membeku melihat kau juga begitu

 

Ingin ku ungkap rasa rindu

Ingin ku ungkap rasa sayang

Tapi tidak, aku hanya membisu

Kerna takut, kau bakal bencikan aku

Lets just spread the love
Posts created 15

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top