Berdua Bersama

Kalau kamu tidak mahu sihat, saya juga mahu sakit. Biar saja sakit bersama dan terus sakit. Bukannya waktu ini saya benaran sihat, saya memang sudah sakit-sakit cuma saya tidak mahu kamu tahu. Jadi sayang, kita boleh sama-sama tidak makan dan menjeling maut semua ubat-ubatan yang sedang menunggu kita. Kamu sama saya boleh terbaring di atas katil bersama sambil berebut selimut kerana masing-masing tidak tahan sejuk. Kita boleh terus sakit berdua-bersama sampai kita rasa mahu sihat berdua-bersama.

Kita boleh sayang, asal saja kita berdua-bersama.

Januari 2018 – Seira Sky //

love letters & broken promises
Posts created 17

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top