Berantakan

Detak jantung ini sudah retak,
Dibuai kuatnya rasa resah,
Seiring musnahnya harapan,
Musnahnya sebuah perasaan,
Menanti kapan tiba,
Untuk membalut diri,
Menunggu empat penjuru berbicara mesti,
Tapi aku tak boleh pasti,
Andai saat itu tiba,
Sudah bersediakah diri ini,
Kerana hidupku di bumi gegak gempita,
Dirasuk nafsu perosak agama,
Menghancurkan diri yang sudah sedia hina,
Merobek kesucian kain putih yang terbentang lebar,
Yang ku lempar arang menjadikannya hitam,
Tiada rasa bersalah, tidak aku kesah,
Kerana aku adalah pendosa tegar,
Dan semua itu bukannya masalah,
Sebab hati ini telah lama mati,
Jadi eloklah kalau aku menggantung hidup ini.

Posts created 1

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top