Benci lebih bijak berbicara

Apabila maaf diungkapkan

Maaf juga turut keliru seperti aku

Apabila cinta diucapkan

Cinta tidak tahu apa yang berlaku

Dan apabila rindu asyik menjelma

Rindu kurang mengerti tentang kewujudannya

Suka yang telah datang kian lamanya

Kini persoalkan kembali kehadirannya

Lalu aku toleh ke arah benci

Benci tak henti henti berkata

Seribu satu alasan diberi

Sehingga aku faham apa yang dibenci

Dan masih menangis setiap hari

I don't talk, i write.
Posts created 4

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top