Bangsat Paling Dasyat

Dia kecil lagi. Darjah 3 kalau tak silap.

Si ayah tinggi suara pada ibunya. Senyap sekalian rumah, tak siapa pun bersuara. Si ibu hanya menundukkan wajah. Tak berani rasanya nak tatap wajah suami yang kini berubah jadi singa. Puncanya hanya satu .. kenapa disoalkan kemana si suami pergi siang tadi. Seolah olah berdosa besar soalan yang diajukan.

Pada usia 11 tahun, dia saksikan pergaduhan dashyat antara ibu dan ayahnya di parking lot IOI Puchong. Si ayah pukul isterinya teruk. Puas dia cuba hentikan ayahnya tapi apalah daya dia. Ibunya mungkin sudah sampai kemuncak, tak hirau dengan pukul tumbuk lagi, yang penting kebenaran. Kali ini punca dia lipstick stain pada kemeja suaminya. Tak pasti apa alasan suami kali ini, yang pasti semua tak diterima akal. Puas dia nangis teresak-esak melihat ibunya yang teruk dipukul. Jeritan dan tangisan ibunya memang menarik perhatian orang yang lalu lalang. Dia tidak hirau dah mata yang memerhati.

Kali ini, usia dia meningkat ke alam remaja.

Pulangnya dia dari sekolah, ibunya menangis teresak-esak sambil mengemas baju dia dan ibunya. Kata ibunya mereka berdua akan ke ipoh menaiki kereta api. Dia nampak ayahnya di ruang tamu tenang menonton tv dengan rokok di tangan. Jirannya yang menghantar mereka ke station kereta api. Kata ibunya, ayah dia tu bangsat paling dashyat dalam dunia. Hati-hati bila cari pasangan. Rupanya mereka gaduh dasyat siang tadi sampaikan ayahnya menolak ibunya jatuh tersungkur. Padanlah ada kesan lebam di tepi kepala ibunya. Mana sakit lagi; hati atau kesan lebam tu ?

Hari ini, umurnya cecah 25 tahun dan ayahnya sudah genap 4 tahun sakit angin ahmar. Ayahnya hilang keupayaan untuk bertutur dan jalan seperti biasa. Dan hari ini ayahnya tinggi suara pada dia dek kerena menghalang ayahnya dari meminta rokok pada jiran.

Entah setan mana yang merasuk otak dia, tajam dia pandang ayahnya. “ jangan nak tinggi suara, jangan berani naik tangan pun. Jangan pernah rasa ada hak pun nak sakit kan fifi. Zaman ayah dah tamat. “ tutur dia pada ayahnya sambil mata yang hampir terjojol tajam pandang ayahnya.

Dia tak sedar, dendam yang dia simpan pada ayahnya. Dia tak sedar rasa phobia untuk percaya lelaki tu datangnya dari pengalaman lalu. Dia tak sedar, segala apa yang ayahnya lakukan jadi “ hantu “ untuk dia.

I thought I vocalize my trouble but nobody were listen.
Posts created 6

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top