Yang benar,Babi

Di sini apa apa pun

Babi jugalah yang dipersalahkan

Kau buat taik

Nama babi yang naik

Walhal aku cumalah binatang sama seperti binatang lain

Bezanya aku haram

Haram tapi bukan hina

Gemuk macam babi

Buruk macam babi

Eh macam kau juga kaum aku ada cantik ada buruk

ada kurus ada gemuk

Adilkah kau samakan aku dengan kau sedangkan kau jalan berkaki dua aku berkaki empat

Sekurang kurangnya aku duduk hutan, atau dibela tak macam kau suka merempat

Aku makan dedaklah bila masa aku makan duit haram

Mungkin aku buruk dah nama pun binatang takkanlah aku nak melaram

Aku tak pernah guna emergency lane kecuali lah kalau dah takde jalan lain

Aku takkan buat celaka tengah jalan aku tau tempat aku dalam hutan.

Aku tak merompak merogol aku cuma main tidur makan.

Jangan samakan aku dengan kau orang yang perangai mcm setan.

Jangan libatkan aku yang tiada kaitan.

Babi cumalah babi

Stop jadikan kami bahan hinaan

 

A struggling little lady trying to make it somewhere someday
Posts created 36

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top