ARHJ Part 1

Pada 2 Mei 2012, sebuah pesanan di halaman mukabuku mencuri perhatianku.

Hye. Awak HO hospital melaka ye?

…….

…….

Lupa nak cakap, blog awak best!

‘Hehe. Betulke blog aku best? Dia ni saje nak ngorat aku dengan ayat tu kan? kan?’ fikirku di dalam hati

Tiba- tiba aku teringat lirik lagu Najwa Latif

🎢Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku

Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu

O ooh.. Hati ku rasa sesuatu..🎢

Bagiku, perkenalan kami adalah sesuatu yang klise. Tapi perjalanan sebuah kisah, kadang sama, kadang berbeza. Dan biarpun perjalanannya sama, kesudahan juga boleh berbeza, kan?

Persoalannya sekarang adalah persis dengan apa yang dia tanyakan aku pada Ahad lepas.

Adakah….

JODOH datang bersama CINTA,

atau

CINTA datang bersama JODOH?

Aku terdiam.

Puas otakku memikirkan jawapannya.

Hmmm…

Adeh.

Sekali fikir macam soalan ayam dan telur pulak πŸ˜…

Huuuuu~

Pening pening.

Tiba- tiba aku teringat sesuatu.

Aku pernah cintakan seseorang, tapi tiada jodoh dan kini dia sudah mendirikan rumahtangga dengan orang lain.

Jadi, jawapannya jodoh datang bersama cinta la kot?

Dia kata jawapan aku betul (yes, aku betul!😁)

Tak semestinya orang yang kita cinta tu jodoh kita kan?

 

Soal hati, tanyakan kepada yang terkurung di dalam sangkar rusuk.

Soal masa depan, hanya ALLAH yang tahu.

 

25 September 2012. Jam 1607
Posts created 5

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top