Aku dan kawan kepada pengalaman aku,Skizo.

Buka mata, buka akal,
Hentak hati, ego mati,

Bina diri, makan diri,
Diamnya diri,Diamnya delusi.
Rasa sunyi, rasa lagi,
lagi sunyi, lagi bunyi.

Aku harap masih hidup,
buku dan kopi aku hirup,
Tiada tempat untuk aku,
muntah peta, kemudian layu terpaku,
Layu terpaku, akal celaru,
Celaru akal, celaru hati,
sedar diri, tiada diri,
hilang diri, aku kembali.
Dua indentiti, kognitif pasif,
hilang memori, dua tiga buku diberi,
suara hati, suara hati-hati,
Skizoku ini, bagai penamat yang tak pasti.

Leave a Reply