aku bukan surat penyata

marah aku, angin aku, rajuk aku, amuk aku selalu harus diikuti dengan penjelasan berpanjang ela.

marah aku itu pertahanan diri. mungkin buat aku, mungkin juga perisau buat kau.

rajuk aku itu tandanya aku perlu kau pandang aku lebih sedikit. barangkali ada yang kau terlupa?

amuk aku itu bermakna aku ditindaas. maka bila marah itu mula senyap dan tak lagi bingit, amukan itu bersuara. tapi kau..tak faham. aku terobek sedikit disini.

tak pernah pun sekali aku boleh jadi aku sendiri tanpa aku harus jelaskan diri aku di kemudian hari.

siapa menjerut siapa? siapa menggantung siapa? siapa menghalang siapa?

tali siapa di kaki? jerutan siapa di leher? sentakan tangan oleh siapa yang meninggalkan lebam?

pening aku fikir. puas aku lari keliling padang, tak juga ku jumpa jawapan.

apa kehidupan era baru ni semua harus disusuli penjelasan?

apa kalau biar tergantung kelak kau akan di pandang serong ibarat kau menggendong babi dibelakang kau?

nah, bagus lah kau wahai babi. yang hina kau, yang dipandang itu aku.

lantas harini, baru aku faham, mengapa sebahagian kita membina hidup didunia yang tidak terpegang isi kandungannya.

didunia yang kau lakar dengan hanya memejam mata, saat kau membuka mata, kau lah penaung, kau lah penggubal undang undang, kau juga penjenayah.

berlari aku ke setiap ceruk sisi dunia nyata, mencari bahu yang nyata, tangan yang hakiki buat aku berpaut bila aku dinilai.

sayang, tak satu pun bahu dan tangan itu adalah nyata senyatanya.

maka, berbalik semula aku kesini. ke kehidupan di mana susuna ayat dan abjad itu adalah mulut dan suara bagi aku.

 

No one listen to me, so i started to write.
Posts created 15

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top