Airplanes

“Kalau takde perempuan nak kat aku, kau kena kahwin dengan aku tau.” lontar Badrul kepada aku.

Aku hanya mampu tersenyum. Kalau lah semudah itu, bisik hati aku.

“Weh, don’t take it too serious. Aku tak nak kat kau lah, saje je nak test.” tambah Bad.

“Lagipun, I’m waiting for the juniors masuk. Boleh usha.” tambah Bad.

Aku hanya tersenyum. Sikit pun aku tidak kecik hati.

Bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin kapal terbang memecah kesunyian.

“Bad, what if one day aku dah takde?” soal aku kepada dia.

“Don’t say.” balasnya.

“I mean like come on, bagi tahu lah. Kau tahu kan dengan impian aku? Aku nak travel satu dunia.” tambah aku lagi.

“You may go but don’t come back.” jawab Bad.

“Kita kawan lama dah kan, takkan kau sanggup nak tinggal aku demi angan-angan kau tu.” tambah Bad lagi.

“But,……..” belum sempat aku habiskan patah perkataan aku Bad terus beranjak dan terus masuk ke kereta.

Adui, faham sangat dah.

Aku mendengus perlahan. Penat baru balik kerja. Esok ada class.

Aku tertidur.

80 missed calls daripada Badrul.

Apa kau nak ni.

“Sorry lambat, class aku habis 15 minit lambat tadi.” kata aku.

“It’s okay, nasib kau cepat.” jawab Bad.

“Ha, asal ni?” tanya aku.

“Tengok ni.” Bad menghulurkan telefonnya kepada aku. Terpampang gambar seorang gadis.

“Okay, aku faham. You want me to get her for you?” tanya aku.

“Yes.” jawab Bad. Aku hanya menunjukkan signal okay kepadanya.

“Malam lusa kita lepak okay, malam ni tak boleh. Aku belanja makan. Deal?” tambah Badrul.

Aku hanya mengangguk.

“Sorry again, what’s your name?” tanya aku.

“Fatimah.” jawab gadis ini.

“Okay , so kawan aku Bad nak kenal dengan kau. I think he likes you. I’ll give you his number lepastu pandai-pandai lah korang adjust.” tambah aku. Fatimah hanya mengangguk, tampak segan tapi mahu. Aku tersengih.

“Thanks weh!” sms yang masuk daripada Bad.

“Dah jadi ah ni?” balas aku.

“Dah, hahaha.” balas Bad.

“Okay cun, aku tunggu kau kat depan uptown. Kata nak lepak malam ni, aku nak tuntut hutang aku ni dekat kau. Haha.” tambah aku.

“Eh babe! Sorry can’t make it. Lupa nak bagi tahu kau tadi, malam ni aku ada date dengan Fatimah.” balas Bad.

“Alright, enjoy your night!.” balas aku.

“Thanks babe for helping me.” balasnya.

Aku terus matikan telefon dan terus mencapai kunci kereta Ford Fiesta aku.

Aku mendonggakkan kepala aku. Langit tak seindah yang selalu walaupun banyak bintang bertaburan yang menghiasi langit milik Tuhan ini.

Plane takes off and land off. Non-stop.

“Sorang je ke?” tiba-tiba ada satu suara yang sedang menyapa aku. Macam aku kenal suara itu.

Aku toleh ke belakang.

“At least, I tried my best.” kata Badrul.

Aku tersenyum.

“Aku dah agak dah, kau akan lepak kat sini. KLIA macam biasa, tengok kapal terbang takes off sebab itu impian kau. Impian kau untuk pergi jauh.” tambah Badrul.

“Tahu pun!.” aku berkata sambil menumbuk dadanya yang tegap itu.

“So tell me about her Badrul.” tanya aku.

Badrul hanya mampu tersengih. Suka lah tu.

“God, she’s amazing just like the way she is babe.” Bad membalas.

Aku tertunduk, melemparkan senyuman kepadanya.

“Long lasting please!” tambah aku.

Masih lagi aku setia menatap langit.

Dari jauh lagi kelibat Badrul sudah aku nampak. Nampaknya dia tidak keseorangan. Aku berjalan kepadanya tetapi dia terus memberikan isyarat agar aku tidak mendekatinya. Oh, ada Fatimah di sebelahnya. Aku menukar arah, berjalan ke library kampus.

Telefon aku berdering. Aku angkat.

“We have to go my dear daughter, dad is waiting for us.” suara mama di corong talian.

Aku mematikan telefon. Aku menoleh ke belakang, Badrul sedang bersenda dengan Fatimah.

I wish you’re here Badrul. But, it’s okay.

“Bad, aku nak bagitahu kau something ni.” aku memberitahu.

“I have to……” tambah aku.

“Nanti-nanti jelah kau bagitahu aku okay? Fatimah nak jumpa aku!” lantas Bad mencelah sambil berlalu dengan pantas.

It’s okay Bad.

“Betul ke kamu mahu berhenti belajar? Kamu ada lagi satu sem nak habis ni.” tanya Prof. Alisa kepada aku.

“Yes prof. Mungkin saya akan sambung belajar di sana saje nanti.” jawab aku.

“Alright, kalau itu keputusan kamu. Nanti saya akan hantar quit letter kamu ni ke pihak atasan. Insyaallah lulus dalam masa 3 hari.” tambah Prof. Alisa.

“Thanks, prof.” balas aku.

Aku membuka langkah untuk keluar daripada dewan kuliah.

“Wait!” ujar Prof. Alisa.

Aku menoleh.

“Did he knows about it?” tanya Prof Alisa. Aku yakin siapa yang dimaksudkannya.

“Nope, he didn’t.” balas aku.

Prof. Alisa hanya tersenyum hambar.

Daun pintu dorm aku buka seluas-luasnya. Sengaja aku buka supaya udara luar dapat masuk. Tanpa berlengah aku mula mengemas.

Sedang sibuk aku mengemas, tumpuan aku beralih kepada sekeping cardboard yang sudah berhabuk.

Aku tersenyum.

Cardboard ini diberikan oleh Badrul semasa harijadi aku. Kompilasi gambar daripada zaman sekolah menengah sampai sekarang. Ucapan “happy birthday” terpampang jelas. Flashback bermula.

Aku cuba untuk menghubungi Badrul.

Gagal buat kali ke dua belas.

Busy kot.

Lagi sekali aku mencuba. Kali ini dapat pula.

“Nak apa weh? Aku busy ni.” lontar Bad di dalam talian.

“Aku nak bagitahu kau ni yang I got to……” tidak sempat aku nak habiskan ayat.

“Aku nak kena letak phone ni, sorry babe. Nanti aku call kau balik ya!.” balas Badrul.

Talian mati.

“Terima kasih prof sebab tolong saya.” kata aku sejurus Prof. Alisa menghulurkan surat daripada pihak Cansellor yang permohonan aku untuk quit telah lulus.

“Small matter.” balas Prof Alisa, dia tersenyum.

“Bila awak akan bergerak?” tanya prof.

“Tomorrow, pukul 10 malam.” jawab aku.

Prof hanya mengangguk. Aku terus berlalu pergi.

“I hope he’s not too late.” lontar Prof Alisa secara tiba-tiba.

Aku hanya menoleh. Tersenyum tetapi ada kesakitan di dalam senyuman yang aku ukirkan ini.

Another two hours.

Aku melihat skrin telefon.

“You’ll be okay.” kata mama.

Aku hanya mengangguk.

Another half an hour.

Aku melihat lagi sekali ke skrin telefon aku.

Notifikasi game je yang masuk.

Last call.

Aku bingkas bangun. Mama telah mendahului aku terlebih dahulu.

Checked.

Aku menoleh ke belakang. In case he show up to say goodbye.

Hanya orang asing sahaja yang ada.

Aku menuruni escalator.

Lagi sekali aku menoleh ke belakang.

Nope, he didn’t show up.

Kini aku berada 30,000 kaki daripada paras laut.

I imagine what it’s like if you leave everything and ambik masa untuk dengar apa yang aku nak bagitahu dekat kau.

Badrul mendail. Kali ini sudah masuk kali yang kelima dia cuba untuk mendail.

“Kau pergi mana lah sial, angkat lah.” Badrul marah seorang diri.

“Badrul.” tegur Prof. Alisa dari belakang.

“Oh yes prof, anything?” tanya Badrul, terkejut juga dia.

“Here’s for you.” Prof Alisa menghulurkan sepucuk surat.

I knew that you would have a major effect on my life. I prayed so hard that you wouldn’t break my heart, dear my bestfriend. It’ll be okay. You’ll be okay without me and i’ll be okay without you. Till we meet again in the future. Most importantly, you remained as my favourite thing.Β 

“You may go but don’t come back.” Don’t worry, I won’t.

Badrul tersandar. Lemah bahunya.

Have you ever been to a place that you’re supposed to love but all you can think about is your home?

Let them know if you like/love them. Never be afraid of rejection.

I write to heal not to hurt.
Posts created 14

18 thoughts on “Airplanes

  1. Tell me what is this. Too deep, too hard to accept. I can relate this one so much. Nice writing!

  2. sometimes we’re not scared of the rejection, but we’re scared of the consequences. say, you confess to your bestfriend and she doesnt feel the same, what if it ruins your friendship? anyway, nice piece. keep it up!

Leave a Reply to Yune Cancel reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: