ada apa dengan cinta?

Cinta datang dengan kata-kata,
Cinta juga hadir dengan senyuman.

Mungkin cinta,
Cinta adalah kamu.

Aku sudah terbiasa dengan dengupan yang tidak disambut,
Aku sudah terbiasa dengan butiran perkataan yang tidak diungkapkan,
Aku sudah terbiasa, sangat terbiasa disakiti.

Dan jika cinta pada kali ini masih meninggalkanku,
Aku terima.
Tetapi aku tidak boleh berhenti mencintai.

Aku mengaku aku suka.
Aku sudah mula sayang.
Kata-kata berbunga kembang,
Jatuh pada matamu yang menjadi refleksi kepada jiwamu.

Ambilah waktumu,
Tidak perlu sekarang,
Tidak perlu esok,
Bahkan biarlah hari-hari ini berlalu,
kerana aku percaya,
Cinta datang bila ia perlu.

Posts created 6

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top