Abah.

26 Jun.

Tarikh abah meninggalkan kami sekeluarga. Genap 7 tahun abah pergi.

Mari aku cerita serba serbi sedikit tentang abah aku dan hubungan aku dengan dia semasa aku kecil.

Abah aku seorang yang tinggi lampai dan berbadan besar. Boleh dikatakan macam orang arab sikit. Dia bekerja untuk kerajaan dibahagian tanah. Bab bab tanah ini abah aku otai gilalah. Pangkat pun boleh dikatakan tinggi juga (aku baru tahu selepas pemergian abah aku sebenarnya) dan sangat dihormati oleh rakan rakan sepejabat dengannya.

Abah aku ini seorang yang sangat penyabar, kontra betul dengan mak aku. Tiap kali ada apa apa perkara yang orang lain buat tak betul, dia selalu cakap “biarlah.” dengan nada yang bersahaja. Abah aku ini boleh dikatakan banyak kali kena tipu sampai kami sekeluarga banyak kali nasihatkan dia jangan cepat sangat percayakan orang yang buat buat baik dengan dia tapi still dia akan cakap “biarlah.”

Hanya Tuhan saja yang tahu tahap kesabaran abah aku ini.

Aku kehilangan abah aku semasa aku berumur 12 tahun. Beberapa bulan sebelum peperiksaan UPSR. Kali terakhir aku dapat berjumpa abah aku semasa aku lawat dia dihospital selepas habis sekolah. Aku masih ingat lagi aku bersembang dengan dia tentang keadaan aku disekolah macam mana walaupun aku tahu dia tak akan balas sepatah pun sebab dia dalam keadaan koma disebabkan strok.

Selepas itu, aku dengan mak aku pun balik rumah. Tengah sedap tidur malam itu, aku terjaga sebab dengar orang berlari kehulur kehilir luar bilik, aku tengok jam tepat pukul 2 pagi. Aku pun buat tak tahu je, mungkin abang aku baru balik melepak dan nak ambil barang dibilik dia. Tak sampai 30mins, bibik aku masuk bilik dan kejutkan aku. Dia kata abang aku nak bercakap dengan aku melalui phone. Aku pun okay jelah, tiba tiba aku dengar suara abang aku sayu je sambil tersedu sedu. Aku tanyalah kenapa dengan dia.

Abang : “Abah dah tak ada.”

Aku : “Aish, merepeklah. Petang tadi baru je jumpa bersembang semuakan. Tak akan tiba tiba tak ada pula dah.” *sambil ketawa*

Abang : “Kau ingat ini main main ke! Kau keluar rumah sekarang. Aku ambil kau, aku nak sampai dah.”

Aku terdiam dan terus berlari keluar rumah. Tak fikir benda lain dah masa itu. Ya, sampai sekarang aku tak boleh percaya yang pada petang hari itu adalah hari terakhir aku jumpa abah aku.

Aku tak rapat dengan abah aku. Adik perempuan aku ya rapat dengan dia. Aku boleh dikatakan apa yang abah aku suruh atau cakap, aku akan sentiasa dengar. Tak berani nak lawan, bukan sebab takut tapi hormat. Dia tak pernah pukul atau marah dengan aku. Dia banyak nasihat sahaja. Ini antara nasihat nasihat dia yang masih aku ingat dan ingin dikongsikan.

“Jangan membazir. Beli barang keperluan je.”

“Selagi barang tu boleh repair, guna dia sampai betul betul dah tak boleh guna. Kalau dah rosak sepenuhnya, baru fikir nak beli yang baru.”

“Jaga adik, jangan lupakan adik tu. Jangan marah marah dia, kalau dia ada salah ajar dia cara cara yang betul. Sayangkan adik tu ya.”

“Belajar rajin rajin, dah besar nanti boleh dapat kerja yang bagus. Ingat, pergi sekolah belajar jangan main main.”

“Duit kalau ada simpan, jimat & jangan beli benda yang merapu. Nanti elok elok boleh guna masa susah, dah tak ada. Habis bazir pergi beli benda lain.”

Arwah abah aku banyak ajar aku cara berjimat dan banyakkan berfikir tentang masa depan supaya senang dikemudian hari. Dia tak manjakan aku dengan barang barang mewah atau belikan apa sahaja yang aku inginkan. Dia selalu cakap kalau nak sesuatu barang itu, menabung dan beli sendiri. Kira atas usaha sendirilah kan. Jadi bila aku beli sesuatu barang atas hasil menabung aku, aku akan rasa appreciate dengan barang yang aku beli itu.

Aku rindu abah aku. Kalau masa itu boleh diputarkan ke masa lalu, aku akan cuba rapatkan diri aku dengan abah.

Kalau kau masih ada ayah, appreciate dia. Memang betul apa orang cakap, tanpa ketua keluarga semuanya akan jadi kucar kacir. Faham? Aku nak kau bayangkan jika ayah kau sudah tiada, siapa yang aku mencari duit untuk bagi perbelanjaan kau? Lagi lagi kau masih belajar. Seminggu berapa belanja yang wajib ayah kau bank in. Kadang kadang tak sampai seminggu belanja dah habis kau call/whatsapp ayah kau minta lagi. Sedikit pun dia tak mengeluh, sebab apa? Sebab anak dia nak belajar dan perlukan duit belanja. Tiap tiap hari bekerja keras nak sara keluarga.

Pernah tanya jika ayah kau sudah makan tengah hari? Sudah makan ubat? Cukup tidur tak? Silap silap dia merahsiakan semua kesusahan yang dia lalui dari keluarganya sendiri. Sebab arwah abah aku macam itu, kami sekeluarga ingat dia strok stage 2, rupanya bila doktor check semua dia dah di stage 3. Dia rahsiakan dari kami kejadian kali pertama dia diserang strok. Kali kedua dia bersama kami dan kami dah paksa dia untuk pergi kehospital tapi dia EGO. Dia tak nak pergi. Kali ketiga penamat dia terlentang dikerusi dan paralysed terus.

Jadi tolonglah, appreciate ayah kau semasa dia ada. Selain mak, tiada orang yang dapat gantikan tempat ayah kita. Tiada yang sama seperti dia. Dia satu satunya ayah.

– AF

Masih muda dan sedang menjalani kehidupan yang agak sukar dan perit. Disini aku akan lontarkan suara hati aku. Jika ada masa, bacalah. - AF
Posts created 12

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top