2D

Percaya atau tidak, semua orang ada two-sided profiles- satu, yang dia tunjukkan pada dunia. Satu lagi, yang hanya hidup dalam dunia dia sendiri, sebab dia sendiri yakin yang manusia lain takkan dapat menerima keadaan diri dia yang satu lagi.

 

Macam tu jugalah aku. Aku pun manusia, weh.

 

Kau akan selalu ralit dengan cerita yang kau reka sendiri dalam dunia kau sendiri, dengan kau sebagai pengarangnya dan cuma ada beberapa orang yang terpaling penting dalam hidup kau. Dan akhir ceritanya, kau happily ever after. Tapi bukan dengan cara itu Tuhan mahu kau hidup. Sebab itu bukan cara sebenar untuk hidup.

 

Personaliti ni ada dua- the dark ones, and the pastel ones.

 

Kalau kau fahamlah maksud aku.

 

Dalam hidup ni, kita selalunya akan terserah pada hanya dua perkara yang mutlak. Sedangkan syubhah boleh bawa haram, yang membawa kau kembali kepada hanya dua pilihan, apatah lagi perkara-perkara lain dalam hidup kau. Ada sisi kau yang kau nak dunia terima kau, jadi kau belajar untuk fit in dengan mereka dan dalam masa yang sama cuma menjadi diri kau yang hati kau sendiri redha. Dan ada sisi yang dalam diam hanya kau dan Tuhan saja yang tahu, dan betapa bahagianya kalau kau boleh pilih untuk menjadi engkau yang lagi satu untuk jadi paparan umum, tapi semua tu terlalu kompleks untuk orang lain untuk faham.

Posts created 1

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top