#04 – Aku, diri aku.

Ini cara aku. Bila perasaan aku sedih, aku nak luahkan sesuatu aku lebih selesa guna bahasa yang diagungkan ramai, inggeris la. Tapi kalau nak cerita pasal pemikiran aku, aku lebih suka dengan bahasa ibunda sendiri. Itu la aku.

Sejujurnya, aku dulu dan sekarang banyak beza. Selalu ikut lifestyle kawan, kawan buat setan, kau pun jadi setan. Allahu. Kutuk kawan memang kerja full-time aku dulu waktu aku sekolah lagi tapi geng yang suka sama-sama buat dosa akhir sekali tikam kat belakang. Mungkin dari situ, aku mula jauhkan diri. Aku bina sendiri lifestyle aku ikut suka hati aku la.

Dan dari situ, aku rasa tenang.

Rasa tenang sebab aku tak buat lagi dosa yang berulang. Aku berkawan dengan semua orang tanpa memilih. Aku dengar cerita mereka yang mereka sangkakan mereka sangat hina di sisi pencipta. Tapi dorang kena faham, kau kena faham. Tuhan tak sekejam manusia. Tuhan tu baik bagi kau peluang untuk perbaiki silap kau, tu pun kalau sedar. Aku kadang-kadang tahu kawan aku jahat, tapi entah la. Aku tegur memang tegur tapi tak boleh kerap. Aku sendiri diri tak terurus, buat dosa juga hari-hari. Itu lah manusia, tak pernah sempurna tapi selalu cuba sedaya upaya untuk sempurnakan diri.

Untuk apa ?

To blend in the society. Itu masalahnya.

Orang ingat aku baik, tapi sejujurnya tidak. Aku lebih suka buat dosa tanpa orang tahu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku selalu act innocent depan orang ramai. Padahal aku setan dalam diri ni. Tapi aku jenis kawan tak galakkan kawan yang lain buat sama-sama dosa macam aku. Aku nak dorang baik, betul-betul baik. Jadi manusia berguna.

Tapi bila aku cerita perihal yang sebenarnya, aku nampak raut wajah dorang. Muka gila terperanjat sebab semua percaya yang aku ni jenis yang baik. Tak, aku baik memang la baik. Kadang-kadang buat juga jahat. Haaaaa.

Kadang-kadang aku cuba lontarkan pemikiran aku dekat orang ramai, tapi tak semua mereka terima. Mungkin pemikiran aku terlalu open atau liberal.

Tapi masalahnya, aku sendiri kurang memahami konsep liberal. Boleh je tegur aku, aku okay je. Tapi kena tahan la, aku banyak tanya soalan sebab ilmuku tidaklah setinggi gunung. Aku masih menuntut, macam orang lain juga. Keikhlasan menuntut tu jangan ditanya.

Selamat malam.

Love to count fishes in the ocean.
Posts created 21

One thought on “#04 – Aku, diri aku.

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: